![]() |
| le souvenir :) |
Tapi alhamdulillah, event hari ni memang memuaskan hati *walaupun macam ada bosan sikit bila speaker tengah cerita* Kitorang memang boleh bayang bila ex-student yang dah belasan tahun meninggalkan degree UPM dan kini sudah menjadi manusia yang benar-benar manusia lah!
Konklusi yang aku dapat sepanjang sesi bersama alumni ni, soft skill dan kemahiran insaniah memang penting gila kalau nak apply kerja. Hidup ni kena ada back up. Tak semestinya bila kita belajar kos berikut, kita akan go through sepanjang hayat tentang apa yang kita belajar. Contohnya Microbiology ni. Tak selamanya aku akan berada di dalam makmal, isolate bakteria. Contoh-contoh mereka yang datang tadi, ada yang sudah memiliki syarikat perindustrian alam sekitar sendiri. Ada yang telah menjadi pengarah urusan di syarikat barang-barang farmaseutikal. Ada yang kini menjadi pensyarah dan terus menerus melakukan kajian penyelidikan. Bergantung lah kepada diri kita, cabang mana kita nak pilih. Mahu atau tidak, memang kos ini ditakdirkan buat diri kita. Kita sebagai manusia perlu terapkan rasa suka dengan apa yang kita ceburi. Barulah kita dapat mengecapi kejayaan masing-masing, in shaa Allah :)
Antara quotes yang aku dapat untuk hari ini:
Never worry about things that you are not good, but discover towards what you are good for.
Don't just aim for high salary.
Things doesn't turn like what have you expected.
Be a participant. Do not be a spectator.
Learn how to handle success and failure.
In a simple sentence. hidup ni kena ada back up plan. :)
![]() |
| Credit to Farehah Sahimy |
![]() |
| le junior :) *UPM-Mikrobiologi-SMSSMJ-Temenggung* |










