Wednesday, November 20, 2013

Andai Jodoh itu Ada.

Sedar tak sedar, dah empat tahun kami berkawan. Kami berkenalan. Tangan ditadah, ku memohon agar Allah memelihara kami daripada kemungkaran dan kemaksiatan. Aku redha, andai ada jodoh antara kami, maka kuatkanlah iman kami. Peliharalah nafsu kami. Jika tiada jodoh ditakdirkan bersama, aku redha Ya Allah. Aku berserah sepenuhnya padaMu.

Inshaa Allah masing-masing dah menginjak ke alam kedewasaan, sudah genap dua puluhan, sudah bangkit dari kealpaan. Mungkin secara perlahan-lahan untuk menjadi yang lebih baik, tetapi sesungguhnya ianya lebih mulia daripada tidak mulakan langsung.

Maing-masing juga mempersiapkan diri dengan ilmu dan amal untuk diri sendiri, kerana untuk membina Baitul Muslim bukanlah sesenang yang kita fikirkan. Bukan hanya kerjaya dan ijazah yang kita kejarkan. Bukan jua dinilai berdasarkan handal di dapur mahupun tebal poket kerana wang. Membina sebuah keluarga  merupakan amanah yang perlu ditanggung berat. Bukan keseronokan sahaja yang difikirkan. Dosa dan pahala diri sendiri pun tidak tertanggung, apatah lagi untuk membimbing dan dibimbing oleh teman sehidup semati?

Maka jelaslah, membina jati diri sendiri tidak semudah yang disangkakan. Usah mendesak dan lalai dengan permainan emosi duniawi, yang mengasak belia dengan kahwin gantung, bertunang semata-mata. Belia yang bijak dan berhikmah sudah pasti mampu memikirkan apa yang terbaik buat dirinya. Usah taksub dengan cinta dunia, kerana ia tidak memberi apa-apa manfaat terhadap diri kita. Timbalah ilmu sebanyak mana yang kita mampu. Kerana satu masa nanti, apabila keupayaan kita semakin berkurang, anggota badan semakin lemah dan tak berdaya, pada ketika itulah kita akan menyesal namun tidak memberi apa-apa erti.

Tidak salah untuk berpandangan jauh. Tetapi ingatlah juga ayah dan bonda yang sekian lama berkorban untuk diri kita semata-mata ingin melihat anak mereka menjadi manusia berguna.

Kita mungkin tidak akan memahami perasaan ibu dan ayah kita sehinggalah kita sendiri yang berada di kedudukan mereka. Janganlah begitu. Kerana tatkala itu mungkin mereka telah tiada, bimbang sesalan tiada gantinya.

Ingatlah wahai belia, jangan mudah leka dengan hiburan dunia semata-mata. Sungguh, nikah di usia muda itu amat berhikmah, tetapi nilailah diri sendiri, tanyalah pada hati, apakah mampu untukku tanggungi.

Doakan kami. Jika niat dan hasrat itu suci, dengan izin Allah, Dia akan menunjukkan jalan kepada kita. InshaaAllah.

Dan tidak dilupakan, selamat hari kanak-kanak sedunia!! *love and hugs* especially to Myra and Piya buah hati jantung pisang Mak Teh. Alahai rindunya.

Sekian, nak buat lab report siap2 plus study ICT. Test 2 Jumaat ni kot!!! OMG doakan eh :)

p/s: nanti nak update pasal my ear infection. hiksss nantikan #microbiologist

Tuesday, November 5, 2013

Kuala Kangsar : Labu Sayong punya pasal ^_^

Tanggal 3 November 2013 bersamaan hari Ahad, aku, Asma dan Syahirah akan bertolak dari UPM ke Kuala Kangsar untuk menyempurnakan projek Hubungan Etnik kami. Kami bersepakat untuk melakukan labu sayong yang memang dah sinonim kat Kuala Kangsar ni, memandangkan majoriti kumpulan aku orang Kedah dan Perak. KEBETULAN pulak, kampung Muzaffar memang kat kawasan Sayong tu, tempat labu sayong dibuat! Terbaaaiiikkk!!!

sayong sayong sayong
Terima kasih diucapkan kepada keluarga Muz terutamanya Opah, Mak menakan dan Bapa menakan Muz kerana sudi tumpangkan kami anak-anak dara ni bermalam di rumah di samping menghidangkan masakan yang sedap-sedap, termasuk juga Kak Su yang banyak kongsi cerita-cerita mistik yang menarik gell hehe.

Rumah Opah Muz macam rumah Arwah Nenek aku, dekat area rumah Angah tu. Malangnya rumah tu dah disewa orang lain, dan telah di'modify' ikut suka hati dia. Sedih.

Terima kasih juga buat Encik Maknun kerana sudi ditemuramah dan berkongsi cerita bagaimana labu sayong ni dibuat, permintaan pada masa kini dan sebagainya. :)

briefing tentang proses membuat labu sayong

bekas acuan
sebelum dibakar

oven tempat bakar tembikar, 800 darjah Celsius dalam 8 jam. :O

cantik kan??? souvenir untuk kenduri kendara :)

Pemandangan di seberang dari kawasan Persisiran Sayong :)

penat berjalan eh? janji santaii~

wheeee~
Laksa dan cendol kuala tak sempat nak snap gambar,semua terus belasah makan. lapaq... hahahaha
*Thanks to Pakcik Muz sebab belanja :)*

Kami semua bersurai ke kampung halaman lebih kurang pukul 3.45 petang Isnin, 4 November. Bas aku dan Asma sepatutnya ke Butterworth pukul 4.15 petang, tengok2 bas sampai stesyen Kuala Kangsar tu pukul 5.40 petang. Kalau ampa jadi aku, ampa hangat hati dak? Dah la main duduk ikut sedap ja. Bas dari Pudu ke Kuala Kangsar pun macam tu jugak, asalnya naik dari Pudu okay dah, seat pun sedap, sampai ja kat Duta kena tunggu 2 jam lebih sebab ekon bas rosak n kena tukar bas lain. Naik satu bas dengan geng yang pegi ke Kuala Kangsar jam 4.20 (tiket aku 1.30).

Kepada pihak syarikat bas berkenaan, aku hanya boleh cakap ampa jawab kat akhirat ja la nanti. Benda main duit n masa orang, jangan main-main. Kalau orang ada hal penting ka, kes kematian ka apa ka, ampa tak rasa bersalah langsung ka?

*The first and last ambik perkhidmatan bas tersebut. blergghghhhh*

Saturday, November 2, 2013

Assignments Here and There.

Seronok jugak main Bitstrips ni. tehehehehe.

Weyyyy semester ni banyak gila assignments!! Harini bermula la cuti pertengahan Semester Ketiga aku tapi aku masih di dalam Kolej 14 UPM lagi ni haa. Apakah????

Subjek ICT ada assignment slide powerpoint kena buat, pair dengan Khalida. Lepas tu ada assignment melibatkan lima orang satu folio untuk selesaikan masalah Google privacy kejadah apa tah *i hate ICT*. Dah la aku kena buat bahagian problem statement. Entah apa benda kena buat pon aku tak tau. sobss.

Subjek Kimia Fizik dan Tidak Organik, seems like kena jadi masterplan. Yang lain macam pakat senyap ja. Takkan la dekat hujung2 baru nak buat kot? Dah la batch 1st Year Biosel dan Molekul tu perangai macam hawaq dan menyakitkan hati. Lagi lah kena prepare double triple. Test 2 lagi. Adoi. Dahla markah Test 1 tak memuaskan hati.

Fisiologi Mikrob. Mungkin nampak agak ringan, tapi SKRAPBOOK. hmmm aku tak kreatif la deyy. Aku boleh tolong bagi idea dan sumbangan tenaga kerja saja. Mungkin planner untuk oral presentation. Boleh la. Cek tak minat seni sobs3

Amali Mikrobiologi. Nanti bila kena buat eksperimen virus, ada presentation jugak. Haih presentation lagi. Nasib baik mikrobiologi. Berminat jugak la nak mencari bahan pun.

Hubungan Etnik. Kena pergi satu kawasan dan buat kajian. Sekumpulan aku bersepakat nak kaji pasal labu sayong di Kuala Kangsar, Perak. Haaa ni dok stay kat UPM sebab esok baru nak pergi berjemaah la ni. Baru la boleh balik Kulim. Tu pun 4 hari ja. Double sobss. Lepas siapkan assignment pasal kajian ni, kena buat presentation jugak. Hishhhh bosannyaaaaa presentation sajorrr!

Cepatlah berlalu wahai Semester 3. Penat belajar ICT. Penat belajar Kimia. blergghhh.