Tanggal 3 November 2013 bersamaan hari Ahad, aku, Asma dan Syahirah akan bertolak dari UPM ke Kuala Kangsar untuk menyempurnakan projek Hubungan Etnik kami. Kami bersepakat untuk melakukan labu sayong yang memang dah sinonim kat Kuala Kangsar ni, memandangkan majoriti kumpulan aku orang Kedah dan Perak. KEBETULAN pulak, kampung Muzaffar memang kat kawasan Sayong tu, tempat labu sayong dibuat! Terbaaaiiikkk!!!
 |
| sayong sayong sayong |
Terima kasih diucapkan kepada keluarga Muz terutamanya Opah, Mak menakan dan Bapa menakan Muz kerana sudi tumpangkan kami anak-anak dara ni bermalam di rumah di samping menghidangkan masakan yang sedap-sedap, termasuk juga Kak Su yang banyak kongsi cerita-cerita mistik yang menarik gell hehe.
Rumah Opah Muz macam rumah Arwah Nenek aku, dekat area rumah Angah tu. Malangnya rumah tu dah disewa orang lain, dan telah di'modify' ikut suka hati dia. Sedih.
Terima kasih juga buat Encik Maknun kerana sudi ditemuramah dan berkongsi cerita bagaimana labu sayong ni dibuat, permintaan pada masa kini dan sebagainya. :)
 |
| briefing tentang proses membuat labu sayong |
 |
| bekas acuan |
 |
| sebelum dibakar |
 |
| oven tempat bakar tembikar, 800 darjah Celsius dalam 8 jam. :O |
 |
| cantik kan??? souvenir untuk kenduri kendara :) |
 |
| Pemandangan di seberang dari kawasan Persisiran Sayong :) |
 |
| penat berjalan eh? janji santaii~ |
 |
| wheeee~ |
Laksa dan cendol kuala tak sempat nak snap gambar,semua terus belasah makan. lapaq... hahahaha
*Thanks to Pakcik Muz sebab belanja :)*
Kami semua bersurai ke kampung halaman lebih kurang pukul 3.45 petang Isnin, 4 November. Bas aku dan Asma sepatutnya ke Butterworth pukul 4.15 petang, tengok2 bas sampai stesyen Kuala Kangsar tu pukul 5.40 petang. Kalau ampa jadi aku, ampa hangat hati dak? Dah la main duduk ikut sedap ja. Bas dari Pudu ke Kuala Kangsar pun macam tu jugak, asalnya naik dari Pudu okay dah, seat pun sedap, sampai ja kat Duta kena tunggu 2 jam lebih sebab ekon bas rosak n kena tukar bas lain. Naik satu bas dengan geng yang pegi ke Kuala Kangsar jam 4.20 (tiket aku 1.30).
Kepada pihak syarikat bas berkenaan, aku hanya boleh cakap ampa jawab kat akhirat ja la nanti. Benda main duit n masa orang, jangan main-main. Kalau orang ada hal penting ka, kes kematian ka apa ka, ampa tak rasa bersalah langsung ka?
*The first and last ambik perkhidmatan bas tersebut. blergghghhhh*
No comments:
Post a Comment