Wednesday, November 20, 2013

Andai Jodoh itu Ada.

Sedar tak sedar, dah empat tahun kami berkawan. Kami berkenalan. Tangan ditadah, ku memohon agar Allah memelihara kami daripada kemungkaran dan kemaksiatan. Aku redha, andai ada jodoh antara kami, maka kuatkanlah iman kami. Peliharalah nafsu kami. Jika tiada jodoh ditakdirkan bersama, aku redha Ya Allah. Aku berserah sepenuhnya padaMu.

Inshaa Allah masing-masing dah menginjak ke alam kedewasaan, sudah genap dua puluhan, sudah bangkit dari kealpaan. Mungkin secara perlahan-lahan untuk menjadi yang lebih baik, tetapi sesungguhnya ianya lebih mulia daripada tidak mulakan langsung.

Maing-masing juga mempersiapkan diri dengan ilmu dan amal untuk diri sendiri, kerana untuk membina Baitul Muslim bukanlah sesenang yang kita fikirkan. Bukan hanya kerjaya dan ijazah yang kita kejarkan. Bukan jua dinilai berdasarkan handal di dapur mahupun tebal poket kerana wang. Membina sebuah keluarga  merupakan amanah yang perlu ditanggung berat. Bukan keseronokan sahaja yang difikirkan. Dosa dan pahala diri sendiri pun tidak tertanggung, apatah lagi untuk membimbing dan dibimbing oleh teman sehidup semati?

Maka jelaslah, membina jati diri sendiri tidak semudah yang disangkakan. Usah mendesak dan lalai dengan permainan emosi duniawi, yang mengasak belia dengan kahwin gantung, bertunang semata-mata. Belia yang bijak dan berhikmah sudah pasti mampu memikirkan apa yang terbaik buat dirinya. Usah taksub dengan cinta dunia, kerana ia tidak memberi apa-apa manfaat terhadap diri kita. Timbalah ilmu sebanyak mana yang kita mampu. Kerana satu masa nanti, apabila keupayaan kita semakin berkurang, anggota badan semakin lemah dan tak berdaya, pada ketika itulah kita akan menyesal namun tidak memberi apa-apa erti.

Tidak salah untuk berpandangan jauh. Tetapi ingatlah juga ayah dan bonda yang sekian lama berkorban untuk diri kita semata-mata ingin melihat anak mereka menjadi manusia berguna.

Kita mungkin tidak akan memahami perasaan ibu dan ayah kita sehinggalah kita sendiri yang berada di kedudukan mereka. Janganlah begitu. Kerana tatkala itu mungkin mereka telah tiada, bimbang sesalan tiada gantinya.

Ingatlah wahai belia, jangan mudah leka dengan hiburan dunia semata-mata. Sungguh, nikah di usia muda itu amat berhikmah, tetapi nilailah diri sendiri, tanyalah pada hati, apakah mampu untukku tanggungi.

Doakan kami. Jika niat dan hasrat itu suci, dengan izin Allah, Dia akan menunjukkan jalan kepada kita. InshaaAllah.

Dan tidak dilupakan, selamat hari kanak-kanak sedunia!! *love and hugs* especially to Myra and Piya buah hati jantung pisang Mak Teh. Alahai rindunya.

Sekian, nak buat lab report siap2 plus study ICT. Test 2 Jumaat ni kot!!! OMG doakan eh :)

p/s: nanti nak update pasal my ear infection. hiksss nantikan #microbiologist

No comments:

Post a Comment