![]() |
| Besaq giloss telinga ni aherherher |
Beberapa minggu yang lepas (dalam 17hb November kot) aku bangun2 tidur ja terus rasa sakit telinga bahagian kanan. Mula-mula ingatkan ada binatang ke benda ke yang masuk dalam lubang telinga aku ni, ataupun masuk air ke. Dah la petang tu aku ada Test Hubungan Etnik (objektif saja). Nasib baik HE saja. Tak la rasa terbeban sangat bila nak jawab tu. Ingatkan petang atau malam tu dah baik dah. Rupa-rupanya bila nak tidur lagi la bertambah azab sakitnya. Hanya Allah yang mengetahui. Nak nangis, tapi dah umur 20 tahun dah. Buat malu kat orang ja. buuuuu. Malam tu sakit-sakit pun tidur jugak. Esok ada lecture macam biasa. Nak buat macam mana. Tapi dah mesej la kat Khalida mintak tolong teman pergi PKU (Pusat Kesihatan Univesiti) untuk check la, in case kalau bangun tidur keesokan pagi still rasa sakit.
Seriously, bangun2 rasa macam pekak sebelah. Serius cuak. Rasa macam tersumbat, macam air masuk dalam telinga. Yang hairannya, sakit! Selalu kalau telinga masuk air payah nak rasa sakit. Lepas lecture fisio pagi tu, terus ambil bas la nak buat check up. Takut jugak kalau ada benda-benda pelik masuk dalam telinga. Yang classmates dok cakap takut kutu babi la apa la kalau nak keluarkan sakit gila plus berdarah2 telinga tu. OMAIGODDD
Ni first time pergi PKU sebab sakit. Sebelum ni pergi PKU sebab nak amek suntikan HPV la ATT la. Bukan sebab aku ni kuat body immune system, tapi sebab malas nak pergi klini. Yelah nak kena tunggu bas satu hal. By the time sampai PKU, tengok2 body temperature back to normal. Kita yang demam panas sepatutnya tak dapat MC. So.. malaslah.
Sesampainya aku kat PKU tu, amek nombor, tunggu giliran. Bilik dalam PKU tu banyak gila plus berlekuk2! Serius pening. Tapi dia ada nombor bilik la, spesifik kalau kita nak jumpak doktor k, nak buat medical check up ke, nak jumpak dentist ke. Yang seronoknya, Bila aku masuk jumpak doktor, tak sampai 1minit (this is fact, bukan hiperbola mahupun omongan kosong) doktor tu dah habis treat aku. Yenadeyyy why so fast?
Okay la bila aku masuk, aku cakap la yang sakit telinga. Then dia keep on typing, without listening to my explanation. Aku nak cerita la yang sakit aku ni merebak sampai ke area tengkuk, maybe ada kaitan dengan Eustachian tube (entahlah kita tak belajar anatomy hiks) infection ke apa ke. Takda masa nak dengar penjelasan aku, terus dia check dan suluh telinga kanan aku. Tengok2 kejap ja, terus assume 'infection' and dia cakap la dalam telinga aku jadi bengkak. Yup memang bengkak sebab aku makin rasa lubang telinga aku makin mengecil. So terus Dr tu cakap dia bagi ubat itu ubat ini, cakap tak boleh makan itu ini. Serius, semua tu settle tak sampai seminit. Khalida pun terkejut bila aku keluar dari bilik Dr tu awal gell. Okay maybe la Dr tu experience banyak ke apa ke, tapi macam.... Kenapa seems like Dr tu kerja dan berkhidmat kepada patient tu macam robot? Macam tak ikhlas ja nak merawat orang. Banyak kes dah selalu dengar dari student lain tentang attitude docs kat sini. Typical doctors. Kitorang tahu korang belajar penat payah perit jerih nak dapat MBBS, MD and so on so forth, tapi apa gunanya belajar teruk2 tapi tak ikhlas menjalankan tugas. That is no worth. A doctor should have a big and wide heart. Sebab dia serves to community. Masyarakat mendambakan dan memberi harapan yang tinggi terhadap mereka, kerana kebanyakan doktor mempunyai prestasi akademik tinggi, pandai, etc. So, janganlah kecewakan masyarakat.
Yang aku dapat, ubat pain killer, antibiotics amoxicillin, ubat titik. Okay la tak silap aku amoxicillin ni antibiotics untuk bacteria contohnya Eschericihia mahupun Salmonella species. Typical bacteria la. Sebab Dr Wan (pensyarah microbiology) pernah nasihat, jangan amek ringan tentang antibiotics yang doc bagi. Banyak kali dah doc selalu bagi silap dan tak tally dengan infection. Kalau kena fungal infection kenapa kena bagi bacterial antibiotics? Hurmmm so nampak kepentingan study microbiology tu? Lagipun antibiotics ni produced by microbes. So memang bidang kitorang. *proud*
Seminggu selepas habiskan antibiotics dan ubat lain, alhamdulillah thing becomes better. Air bisa dok meleleh keluar, rasa lega sangat2. Aku syak infection ni datang dari earphone aku. Biasalah tengok movie, dengar lagu pakai earphone. Maklumlah menghormati privasi orang lain. So sekarang ni dah tukar yang baru. Alhamdulillah.
Lagipun sakit ni, kita fikir la sebagai kifarah dosa kita. Mungkin Allah nak hapuskan dosa kita dengan sakit-sakit yang macam ni, maka jangan lah kita merungut, bersabarlah. Sebab inshaaAllah ada jalannya. Allah sayangkan kita, kan? Yakini Allah :)
Okay tu sahaja laporan tentang telinga saya. Kahkahkah. Terima kasih :D

No comments:
Post a Comment