KUALA LUMPUR – Nisbah antara bilangan pelajar lelaki dan perempuan di universiti ketika ini adalah 30:70, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata, meskipun situasi itu bukan suatu yang membimbangkan tetapi jurang bilangan antara pelajar lelaki dan perempuan itu harus diberi perhatian oleh semua pihak.
Justeru, kata beliau, Kementerian Pengajian Tinggi sedang merangka program untuk menarik lebih ramai lelaki meneruskan pengajian di universiti bagi merapatkan jurang tersebut.
“Pendaftaran di beberapa universiti pada sesi akademik kali ini menunjukkan perbezaan ketara jumlah penuntut lelaki dan perempuan iaitu di Universiti Kebangsaan Malaysia misalnya nisbah ialah 30:70 manakala di Universiti Putra Malaysia pula 33:67.
“Oleh itu kita sedang merangka program untuk menarik lebih ramai pelajar lelaki belajar di universiti dan program yang diusahakan dengan kerjasama beberapa universiti tempatan itu akan dilancarkan dalam masa terdekat,” katanya di sini hari ini.
Menjawab soalan, Mohamed Khaled berkata, jurang bilangan yang besar antara pelajar lelaki dan perempuan di universiti itu berpunca daripada pelajar lelaki lebih menggemari bidang vokasional berbanding akademik. – mynewshub.my
-ok....ni macam nak tnjuk salah satu tanda kiamat je...bilangan lelaki makin berkurang..i wonder where those all d guys have been gone?? hmmmm susah la nak cari calon suami yg well-educated lepas ni..kena cup siap2..heeee i booking u dulu yep bdak bucuk!-
