Alkisah 6 Disember 2013 bersamaan hari Jumaat, aku, Asma, Amal dan Khalida dah buat perancangan untuk ke Mines sejurus selepas habis Amali Kimia Fizik dan Tak Organik petang tu. Lantaklah balik malam pun. Lepas Test 2 ni tak keluar berjimba langsung. Tak menyempat. Assignment menimbun. Presentation lagi. Ni pun sambil dok type benda alah ni, dok pikir malam ni ada presentation Kimia. Alahai. Sibuk sungguh dunia Degree ni.
Hajat di hati masing-masing nak beli barang-barang keperluan untuk buat buku skrap bagi subjek Fisiologi Mikrob.Kami berempat sekumpulan, tambahan pula semua kebuloq nak makan nasi kandar. So memang masa ni la nak lepas tension dan lepas gian pun. hik3.
 |
| Kuah banjir + papadom umphhhh |
Usai membeli barang dan makan, kitorang tunggu bas dekat bawah jejantas KTM Serdang tu lah. Masa tu dah pukul 9 malam dah pun. Perut ni buat hal pulak, tak tau la meragam sebab apa. Nak dikatakan fikir sangat pasal result JPA tu, tak la jugak, sebab aku benar2 surrender dan pasrah, redha. Aku bersedia untuk berhadapan dengan situasi "jika aku tak dapat JPA". Korang tak faham, kawan2 yang baik dengan aku, keliling akus emua budak2 cerdik pandai, budak2 JPA, budak2 dekan 1st class. Aku ni, sem lepas baru boleh rasa dapat dekan. Tu pun CGPA tak sampai 1st class pun. Tapi alhamdullillah la. Sebab tu aku malas nak cakap apa-apa komen sebelum result keluar. Takut karang over melebih, tak dapat, punah harapan. Lagi la kecewa. Ye dokk.
Lepas tu, sementara kitorang dok tunggu tu, tetiba Nik dan Tira pun sampai kat tempat menunggu bas tu. Diorang baru balik dari Big Bad Wolf katenyee. Diorang tanya la dapat JPA ke tidak, dan Nik siap mengofferkan hensetnya untuk tolong check. Tapi lambat and ada problem. Apa-apapun thank you so much for the help. Aku dengan sakit perut tu Tuhan yang mengetahui, semak perut bila dengar pasal JPA. Bila kat fon Nik tak boleh check, diorang suruh check pakai SMS.
Aku dengan sakit-sakit perut ni pun check la.
Serius tak dapat digest apa mesej yang dia cakap ni. Aku nampak perkataan tahniah ja. Tapi dengan keadaan aku yang sakit perut nohorom membuatkan aku blur bila dapat mesej ni. Kawan-kawan pulak yang excited jerit lebih-lebih. Haha. Friends are always like that.
Apa-apapun, alhamdulillah atas rezeki yang Allah SWT bagi ni. Aku pun tak menjangka. Sebab ramai yang lebih layak dari aku. Tapi dalam konteks ni, kita kena percaya akan rezeki. Rezeki tu ada kat mana-mana. Cuma cara Allah bagi berbeza. Kan?
Asma dan Amal pun dah dapat mesej yang sama. Alhamdulillah. Kami berempat hold JPA scholarship. Alhamdulillah. Khalida memang dapat JPA dari tahun lepas lagi. Kelihatan Khalida la yang paling excited masa tu sebab kawan2 sama2 dapat mencapai dan mendaki salah satu tangga kejayaan kan. Susah senang bersama, berjaya pun sama-sama. Alhamdulillah :')
Lepas 5minit dah pakat2 dapat result tu, perut aku lagi dahsyat dia bagi! Mungkin aku fikir sebab excited nak gitau kat family aku kot especially. Kepada Si Dia yang selalu support apatah lagi. Masa tu memang cakap kat diorang mintak balik naik teksi la. Memang tak tahan langsung dah. So balik la dengan teksi. Dalam teksi tu tangkap lentuk ja terkemut-kemut menahan HAHAHAHA
Dah sampai bilik tu barulah aku call Mak aku, alhamdulillah I can sense that she is smiling brightly and happily. Itu ja yang aku nak, puaskan hati mak aku, bahagiakan mak aku. Sebab jelas kelihatan betapa happynya mak aku sepertimana yang aku bagitau aku dapat dekan semester lepas. The feeling is so good. So nice. Alhamdulillah, aku berjaya membuatkan mak aku gembira. Ayah jangan risau, Mak happy kat sini. Mak happy sebab kakteh dapat mencapai satu matlamat satu persatu. Kalau Ayah ada, mesti Ayah lagi happy kan? Kakteh rindu Ayah...
Mak inform kat Abang, Kakak, Adik, dan Asu (bapa sedara) yang rapat2 la pendek kata. Yang benar-benar ambil berat pasal kami semenjak Ayah tiada. Alhamdulillah, mereka rasa happy juga bagi pihak aku. Sungguh aku terharu. Usahaku selama ini terbayar dan berbaloi. Rasa macam family bonding tu lagi kuat. Kata-kata Abang dalam Facebook sungguh membuatkan aku menitiskan air mata on the spot:
Sebab tu Abg selalu kata, belum tentu apa yg kita nak tu terbaik utk kita, pasal Allah lebih tahu apa yg terbaik utk kita. Anyway tahniah. We are proud of u. It is a good motivation to study harder and to achieve more than what you have achieved before this Yusriyah Che Yaacob Sarahtebuan Ct Aiman Jonid
Keeseokan harinya 7hb Disember, kebetulan hari jadi Tok! Telefon Tok wish happy birthday, plus announce kat Tok yang aku akhirnya dapat biasiswa. Alhamdulillah Tok yang sekarang ni tengah sakit-sakit dan tak sihat dapat aku rasakan kegembiraan melalui panggilan tu. Takpa la Tok, Tok rehat la cukup-cukup. Walaupun Tok cakap banyak, kuat beletiaq tapi Kakteh tetap sayang Tok dan sudi jadi driver Tok ;)
*kalau la tok boleh bukak blog ni lol*
Akhirul kalam, terima kasih buat ahli keluarga, guru-guru dari Tadika Nur Asyikin, SK Tunku Abdul Malik, SM Sains Sultan Mohamad Jiwa, pensyarah-pensyarah UiTM dan UPM, rakan-rakan yang sentiasa support dan bagi kata-kata semangat, sokongan, kakak-kakak roomate yang semuanya pegang scholarship JPA dan KPM *antara yang membakar semangat untuk aku dapatkan JPA hihi*. Dan tak dilupakan,
Amir Fahmi Asri yang selalu ada waktu untuk aku walaupun 10 minit dalam satu hari. Terima kasih sangat-sangat. Sama-sama pulun study naa untuk ke next level. Heeee. ;)
Harap entri ini tak mencetuskan kontroversi. Sekadar penghargaan buat semua yang sentiasa bersama diri ini. Terima kasih banyak-banyak. :)