Tuesday, October 22, 2013

Di Keheningan Malam.

1.30 AM pagi Selasa. Esok ada kelas ICT pukul 8 pagi. Baju tak gosok lagi. Dok ralit tengok Superspontan. Dah kenapa rasa tak sedar diri nak tidur ke Cik Diyana oi? Biological alarm awak ni kena betulkan balik, tak baik stay up macam ni, cepat tua. Paham??

Tapi nak buat macam mana, mata still celik kot, so rasa macam rajin sikit, kita sketching-sketching la apa benda yang aku belajar dalam lecture Microbial Physiology tadi. Nak tepek kat dinding ni haa. Bila belajar pasal metabolism ni, banyak benda kena ingat. Pathway la, Intermediate la, Enzyme lah. So agak2 kalau dok mengadap dinding bosan tak tahu nak buat apa, boleh la jugak aku hadap benda alah ni.

Buat sambil dengar lagu-lagu favourito de amor. Chillax! Music is one of the therapies. Kalam Allah pun jangan la abai naaa. Lagu-lagu tu sampingan sahaja. Hikss.

Oh, ada seekor kumbang mengetuk pintu hati. Tapi mohon ampun, kuncinya telah dibawa lari oleh si kumbang yang lain. Memang tak nak fokus lagi hal cintan cintun ni. Isu dengan budak bucuk ni pun, kami berdua sama-sama KIV dulu our relationship. Focus to the priority. But we're still actually keeping in touch everyday. Bak kata pepatah, teman tapi mesra gituu. Si dia pun punya komitmen besar sejak join PALAPES ni. So demi menjaga hati sendiri, biarlah diri ini jadi single sebentar, sementara tunggu untuk next stage, in order to build my own family. AWWWW ala2 anabolism giteww hiksss *fisio sangattt*

SINGLE bukan bermakna saya AVAILABLE. Bukan nak market diri tapi itulah hakikatnya. SINGLE untuk persediaan menjadi the true and HALAL COUPLE. Perbaiki diri sendiri untuk menjadi lebih matang dan berguna di masa hadapan, agar kelak kita tidak akan kesal atas perbuatan kita di masa lampau. :)

p/s : entri kali ni santai sahaja, nanti-nantila pulak nak berhujah bagai ni. Thank you for your reading! Assalamualaikum ^_^

*countdown 5-6 years..maybe? inshaaAllah*

Saturday, October 19, 2013

Motif Berblogging??? Best Sangat ke??

Salam 'alaik...

Jam menunjukkan pukul 9.46 PM. Hari ini hari Sabtu. Entah lah setelah sekian lama tak update, rasa macam nak kongsi something, yang mungkin orang pertikai dan persoalkan motif aku berblogging, atau bukan aku ja, orang lain pun ada jugak yang suka berblogging kan? So aku nak terangkan sebab apa aku maintain dari zaman sekolah menengah sampailah ke alam degree ni, masih lagi berblogging *walaupun kadang-kadang je update*

1) Medium untuk mengembangkan kemahiran

Sejujurnya aku bukanlah seorang penulis mahupun pengarang yang baik dan hebat, dari zaman sekolah lagi. Samada dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Tapi Alhamdulillah la dua2 dapat A zaman SPM dulu. Ayat-ayat aku tak cukup gramatis, puitis dan bombastik seperti karya kawan-kawanku yang lain. Abang aku pun handal berkarya, maklumlah pembahas la katakan. Kadang-kadang bila baca penulisan aku balik, rasa lucu la pulak. Rasa macam ayat aku tak matang. Tak stailo lah kononnya. Sebab tu la aku rasa aku perlu terus berkarya meskipun tak ramai follower atau pun bersawang nak mampuih blog ni supaya aku sentiasa dapat kembangkan minda dan idea aku untuk terus berkarya, walau apa pun topik dan perkara yang aku nak bincangkan.

2) Berkongsi kenangan lalu

Kadang-kadang dalam hidup kita, ada beberapa saat yang terlalu indah dan manis untuk kita abadikan, dan ingin kita dedikasikan. Kalau takat simpan gambar dalam Facebook, Twitter dan Instagram, cukup sahaja dengan description dan comments yang menilai kenangan berikut. Tapi dalam Blogger ini, aku dapat mencurahkan sesuka hati dan sepenuh jiwa ragaku perihal apa yang aku rasakan pada waktu itu. Sinilah tempat untuk aku luahkan sepenuh hati aku. Kalau nak describe dalam Facebook banyak sangat, nanti dikatanya over lah, apa lah, nak menunjuk lah. Kalau Blogger ni, tak ramai yang rajin bukak, dan juga tak ramai yang punya akaun Blogger tersendiri. Kadang-kadang, orang tu ada akaun blogger tapi boleh tahan interest blogging dia tu sampai takat dua-tiga minggu ja. Lepas tu habis lah. Bersawanglah blog tu.

So bila aku rasa aku rindu moment yang aku abadikan dalam Blogger ni, bolehlah aku buka balik, baca balik ayat-ayat yang aku telah ceritakan dalam ni. Terpulanglah kepada anda di luar sana untuk membaca sepenuh hati atau tidak, sebab niat aku untuk buat Blogger ni bukanlah untuk mengumpul ramai Follower mahupun untuk menarik perhatian orang ramai, aku bukanlah manusia seperti itu.

3) Tanda protes

Kadang-kadang, mesti ada rasa tak puas hati ke, geram ke apa ke. Bukanlah dicipitakan Blogger ini untuk melepaskan kegeraman mahupun mencaci maki orang, hakikatnya diri ini ingin menyuarakan pendapat jugak yang patut orang dengar. Tapi biasalah, orang biasa-biasa macam kita ni apalah sangat kan, macam lah mereka tu heran sangat. Tetapi aku tak kesah, asal aku dapat mencurahkan ketidakpuasan hati aku dalam Blogger menerusi ayat-ayatku yang panjang berjela serta mempunyai unsur-unsur membebel, nasib lah buat pembaca. Tambah-tambah memang tribute untuk si fulan tu kan. Best kan. Bagus padan muka. HIKSSS

4) Diari digital *konon*

Takde la macam diari sanat sampai nak kena cerita hari ni makan apa, mandi pakai sabun apa, keluar dengan siapa, buat kerja apa. Cuma kadang-kadang tu seseorang dah terbiasa tulis diari, ada banyak perkara nak share, tapi tulis diari ni LENGUH GILAAAAA. Aku selaku penulis diari dari darjah 3 sehinggalah aku tingkatan 5, memang tegar menulis diari. Bila dah keluar sekolah baru stop. Almaklumlah dah ada Blogger. Dulu kat sekolah tak boleh nak hadap laptop dan internet lama-lama. Zaman dulu laptop tu salah satu barang haram ke sekolah. Nak online Facebook dan Myspace pun takut-takut. Generasi budak sekolah sekarang, siap boleh main Twitter lagi tengah kelas, tengah inspection bagai. Dahsyat kan zaman sekarang. Tapi diorang rugi sebab tak betul-betul menikmati dunia student asrama yang sejati. hiksss

Hah takat tu ja la aku nak cerita reasons aku yang aku rasa valid la jugak sebab apa aku kena berblogging.
So sekarang ni aku nak share gambar ni :

Chatime awww~

Anda rasalah Strawberry Pudding Au-Lait di gerai Chatime yang berdekatan. Jujurlah cakap, aku ni bukanlah pentegar flavour strawberry yang sebenar. Serius tak gemar. Selalunya kalau aku nak beli Coolblog/Each a Cup/Chatime , aku akan beli yang berunsurkan chocolate atau pearl milk tea. Strawberry Pudding Au-lait~ ni di perkenalkan oleh kekandaku (abang kandung okaayyy!!!) semasa aku dan abang on the way dari Kulim ke KL, lepas cuti raya haji baru-baru ni. Sebelum sampai Chatime kat Petronas exit Serdang tu, kemain aku lembik badan sebab muntah sepanjang travel, tapi masa kat Bukit Gantang dan Sungai Perak saja lah. Kesian kat abang aku. Aku dah macam orang mengandung dah muntahnyee. Muntah sebab perut masuk angin kot, makan lambat sangat masa raya haji tu sebab kuah dalca tak boleh nak masak... Lembu yang Tok buat korban tu lambat proses =.=

BTW, harga Chatime di atas cuma RM7.90 sahaja.. Saiz besar tauu.. Jangan tak cuba, cubalah.. Pasti nak lagi..macam saya ^_^ *dah ketagih dah haaa*

Thank you for your reading! Assalamualaikum~