
Analgesik ialah istilah yang digunakan untuk mewakili kumpulan dadah yang digunakan sebagai penahan sakit. Dadah analgesik termasuk nonsterodial anti-inflammatory drugs ( NSAID) seperti salisilat, dadah narkotik seperti morfina dan dadah sintesis bersifat narkotik seperti tramadol.
NSAID seperti aspirin, naproxen, dan ibuprofen bukan sahaja melegakan kesakitan, malah dadah ini juga boleh mengurangkan demam dan kepanasan. Analgesik bersifat narkotik seperti opioid dan opidium boleh menekan sistem saraf utama dan mengubah persepsi terhadap kesakitan ( noiception ). Dadah jenis ini adalah lebih berkesan mengurangkan kesakitan berbanding NSAID.
Analgesik seringkali digunakan secara gabungan serentak, misalnya bersama parasetamol dan kodaina dijumpai di dalam ubat penahan sakit (tanpa preskripsi). Gabungan dadah ini juga turut dijumpai bersama drug pemvasocerut seperti pseudoephedrine untuk ubat sinus, atau drug antihistamin untuk alergi.
PARASETAMOL
Parasetamol atau asetaminofen adalah ubat analgesik and antipiretik yang popular dan digunakan untuk melegakan sakit kepala, sengal-sengal dan sakit ringan, dan demam. Digunakan dalam sebagian besar resep ubat analgesik salesma dan flu. Ia aman dalam dos standard, tetapi kerana mudah didapati, overdos ubat baik sengaja atau tidak sengaja sering terjadi.
Berbeza dengan ubat analgesik yang lain seperti aspirin dan ibuprofen, parasetamol tak memiliki sifat antiradang. Jadi parasetamol tidak tergolong dalam ubat jenis NSAID. Dalam dos normal, parasetamol tidak menyakiti permukaan dalam perut atau mengganggu gumpalan darah, ginjal atau duktus arteriosus pada janin.
(maaf ya ada bunyi2an macam indon sket.hehe)
ok.jom makan ubat.hmmmm.adakah ini mrupakan minat aku untukmgkaji ubat? aku pon tk tahu.
-yanaLICIOUS-
No comments:
Post a Comment