
Apakah ciri2 sahabat yg baik? Seorg bijak pndai bpesan kpd anak lakinya: ”Wahai anakku, sekiranya kau brasa prlu utk bershbt dgn sseorg, maka hndklah kau memilih org yg sifatnya sprti ; jika kau bbkti kepadanya, dia akan melindungi kamu; jika engkau rapatkn pshbtn dgnnnya, dia akn mbalas balik persahabatan kamu; jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu; jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik; jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu. “Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya; jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya; jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu; jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu; jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu; jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; jika kamu berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan; dia membantu menunaikan tanggugjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat; dan yang terakhir sekali ialah dia mendorongmu dalam mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.
“Pernahkah sahabat anda menikam anda daripada belakang?. Apakah perasaan anda ketika itu? Adakah marah, pedih, perit, benci atau dendam bermaharajalela di dalam hati anda?. Daripada apa yang saya faham, tikam belakang ini merupakan satu tingkahlaku di mana seorang sahabat bermuka-muka depan sahabatnya yang lain. Sebagai contoh, depan kita segala-galanya baik, manis tetapi di belakang kita, dialah gunting dalam lipatan. Segala rahsia dan amanah yang kita kongsikan bersama dengannya, habis dijaja kepada orang lain dan yang lebih menakutkan apabila ianya melibatkan maruah kita. Perbuatan seperti ini tidak memberi manfaat malah lebih memburukkan keadaan kedua belah pihak dan juga masyarakat sekeliling yang telah mengetahui perkara sedemikian. Secara tidak langsung, pihak yang telah ditikam belakang itu tadi akan merasa ditindas, dianiayai dan dimalukan oleh sahabat sendiri. Tikam belakang biasanya terjadi apabila seseorang itu menyimpan perasaan iri hati terhadap orang lain, tidak berasa senang dengan apa yang mereka ada, cemburu dan dengki di atas kejayaan orang lain.
“ Pada saya, istilah tikam belakang ialah apabila sahabat telah melakukan satu perkara di luar jangkaan sahabatnya dan buat kita rasa dikhianati. Istilah sahabat berbeza dengan istilah kawan. Punca berlakunya perbuatan sedemikian disebabkan perasaan iri hati dan kerakusan. Sebagai contoh, apabila seseorang itu inginkan sesuatu dengan cara yang cepat, dia mahu tunjukkan kepada orang ramai yang dirinya berkuasa dan lebih mantap. Secara idealistik, perkara ini tidak sepatutnya terjadi tetapi ianya merupakan satu pengalaman yang setiap orang pernah mengalaminya atau mungkin akan mengalaminya. Orang kata, bila bersahabat kita tidak boleh memilih, tetapi itu silap. Kita kena bijak memilih sahabat kerana sahabat dapat menceriakan diri kita. Jangan sesekali kita risau tidak ada orang yang ingin bersahabat dengan kita kerana dunia ini luas dan ramai lagi yang ingin bersahabat dengan diri kita dan menerima diri kita seadanya. Sebelum pisang berbuah dua kali, pilihlah sahabat yang benar-benar sahabat.”
trima kasih shbat sbb mgajar aku utk lebih berhati2 dlam memilih sahabat dan menjadi sahabat kepada seorang sahabat ...


yana... ouch ..
ReplyDeletehopefully someday we will be happy kan.. haish... sabar itu penting syg...
ya t ... arap2 ksmuanya akn mnjadi kesudahan yg mmbahagiakan diri kta balek ... buat baik bpada2 .. wat jahat jgn skali2 ....
ReplyDeletehmmm.. InsyaAllah..
ReplyDeleteppepon..xda spe yg ley messed up ngn kita kn.. waaaaaaa... <3