Tuesday, November 1, 2011

izinkan kami meluahkan sesuatu~

Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda ,
"didiklah anakmu sesuai dengan zamannya , "

janganlah sekadar menyalahkan anak2 khususnya remaja kononnya mereka ini golongan yang hanya ingin protes dan tunjuk perasaan semata2 . ibu bapa tidak memberi peluang mereka memberi pendapat . mereka juga tidak dipandang sebagai ahli keluarga yang penting kerana kononnya mereka masih kecil dan belum dapat berfikir dengan matang . wahai sekalian , anak2 boleh menjadi matang dengan hanya memerhatikan perilaku ibu bapa sebagai role model mereka yang terdekat .

sekilas pandang kita menuding jari mengatakan anak2 telah salah memilih kawan , menyebabkan mereka berkelakuan tidak berdisiplin serta sudah pandai melawan orang tua .
anak2 takkan silap memilih kawan andai ibu bapa mendidik mereka dari kecil sebaik-baiknya .

jangan lah sekadar mengatakan bahawa guru-guru di sekolah tidak menjalankan tugas dengan sempurna gara-gara anak2 melakukan salahlaku disiplin . guru-guru banyak peranannya . anak2 takkan melakukan perangai jika dididik dari kecil sebagai anak yang baik . anak yang baik insyaallah menjadi pelajar yang baik jua .

jangan lah berpersepsikan belajar siang malam pagi petang tanpa henti dapat membuatkan anak2 anda berjaya dalam peperiksaan mereka . mereka bukan robot . mereka juga manusia biasa . mereka prlukan rehat . mereka perlukan riadah . mereka juga perlukan masa untuk bersosial dengan masyarakat .

jangan lah menganggap dengan menghantar anak anda ke sekolah agama sudah dapat menyelesaikan tanggungjawab anda kononnya anak anda itu sudah mendapat didikan dunia dan akhirat . semua sekolah sama sahaja . didikan dunia dan akhirat seharusnya dimulakan dari rumah lagi . duduk sekolah sains /sekolah teknik / harian biasa pun boleh dapat juga .

janganlah terlalu memberi tekanan yang melampau-lampau kepada anak2 anda , terutama dalam pelajaran . mereka mungkin telah melakukan sehabis baik agar dapat melihat ibu bapa gembira . tetapi dibalas dengan kemarahan . mereka tidak ada tempat lain untuk mengaharapkan motivasi dan sokongan . hanya ibu bapa dan keluarga inspirasi mereka .

mereka hanya mahukan role model yang dapat mereka ikut sebagai contoh tauladan.

mereka hanya mahukan aktiviti keluarga dilakukan bersama2 . barulah mereka tidak bosan mencari hiburan di luar rumah.

mereka hanya mahukan sedikit masa untuk ibu bapa mendengar masalah mereka supaya perasaan tertekan dapat dikurangkan .

tolonglah berikan mereka sedikit peluang untuk mengutarakan pendapat . tak semua yang kita lakukan itu benar semata-mata. tak semestinya tutur kata
dan peri laku orang dewasa itu benar .

p/s : hanya sekadar luahan anak muda zaman kini. mungkin kami juga silap kerana mementingkan diri sendiri . seperti yang disebut , sekadar luahan .

No comments:

Post a Comment