"hari ni nak pakai baju apa??"
"tudung matching ka dak dengan baju ni?"
"hari ni kuliah/bilik TEC/lab/dewan exam kat mana?"
"tutorial dah siap ka belum?"
"carrymark dah ada dalam i learn ke belum?"
"bila nak buat discussion untuk lab report?"
"kelas ada atau batal?"
"balik naik tangga ke naik bas rapid?"(HAHA)
"esok ada kuiz tak?"
"lecture note dah fotostat ke belum?"
"eksperimen esok tajuk mana?"
kalau dalam kuliah tu, macam2 lah yang dibuat...ada yang fokus.. ada yang mesej.. ada yang online dalam kuliah.. ada yang main balas2 twitter...tidur BERDENGKUR pon boleh...siap lentuk2 lagi..

tengok lah dari dekat sampai lah yang paling jauh...even nampak kepala ja pon kita boleh tau seseorang tu buat apa kan HAHA

gila2 budak C3 yang gila kamera. sebelum experiment ja mesti bergambar. TIAP KALI eksperimen BIOLOGY lak tu. kalau CHEMISTRY taknak pulak HAHA

ok ragam puteri2 C3 yang anggun dan letopz~

mereka2 yang mewarnai suka duka C3 sob3~
ok apa kata kita usha detik2 buat lab report last minute. hihi gambar masa semester 1 kot tak silap. alah layan ja laaaa~

pulun copy pulooonnn~

tudiaaaa. tak da meja , duduk bersila pon bolehh. TANGKAP GAMBAR PON SEMPAT di situ yaa~

syamil yang bajet rajin hihi ok la rajin jugak kadang2 kot haha
dalam banyak2 pengalaman sepanjang bersama ahli keluarga C3 ni, aku rasa sangat beruntung sebab antara semua warga c3 , aku lah satu2nya student yang duduk bermastautin di KEDAH yang cantik ini. dan aku BERJAYA membawa seluruh ahli C3 ke negeri aku ni. aku dah berjaya buktikan yang kedah ni cantik . hihi. aku dan rakan2 seperjuangan telah berjaya menghandle lawatan sambil belajar (kononnnya) bersama MENTOR kami ayahanda Muhammad Hafiz Mohd Khalid dan konco2 beliau. HAHA. kami pergi ke Pulau Langkawai a.k.a Pulau Lagenda. seriously , asal pergi sini ja mesti aku rasa gerun. meremang bulu-bulu yang ada. tak tau lah kenapa.scary semacam ja.
thanks kawan2 sebab sudi berpijak di bumi Langkawi ini. alhamdulillah, usaha kita menjayakan lawatan ini tidak sia-sia walaupun sepanjang perjalanan kita ni ada banyak hikmahnya. dengan kera nya, masalah bas , feri, BBQ , cable car lah.. lepas sampai PALAM terus kena pergi kelas. memang korang ni fleksibel arrr. tabik spring !

kami bersatu~

kalau bab berposing memang menang kat depa laaaa

peaceee~

cik kera yang meragut cinta hajar dan hafizah HAHA

maharaja bersiram bersama dayang2 comel #eh

action kamen!

muka excited tengok laut haha

upacara menanam syamil :D

bestnya dikelilingi rabbit tapi lepas tu mesti busuk gila kan huhu

pelangi yang seolah2 mengucapkan selamat tinggal dan meraikan detik2 manis sepanjang kami bergembira di Bumi Langkawi :)
lepas balik ja dari Pulau Langkawi , terus kami kena berperang dan berjuang untuk Test 2 dan FINAL EXAMINATIONS. kini, segala penat lelah itu dah berakhir. salam perpisahan hanya mampu dihulurkan setakat yang termampu setelah berakhirnya paper CTU 087 jumaat lalu. sedih. memang sedih. lagi bertambah sedih kerana tidak sempat mengucapkan salam perpisahan kepada KESEMUANYA. tapi tak apa lah . mungkin lepas ni , kita berpeluang bertemu lagi .
kepada kawan2 C3, jutaan kemaafan aku pinta buat semua . sepanjang aku menjadi assistant class rep , kalau aku ada terkasar bahasa , tersasul dalam berbicara , termaki sesiapa , tertengking lebih2 ka , terCUBIT lebih ka, terMAKAN hot dog atau naget sapa2 ka, terPAU air milo ka. terlupa nak bayar duit nasik lemak ka. halal2kan lah. aku sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan korang di dunia dan akhirat. insyaALLAH.
kepada yang berkenaan , ku mendoakan semoga kalian berbahagia. jagalah batas pergaulan , peliharalah kehormatan . ingatlah keluarga tersayang , jauhilah kemungkaran , saling membimbing menuju ke arah kebenaran . insyaALLAH , jika hubungan dipelihara berlandaskan membina dan mengukuhkan agamaNYA , insyaALLAH , DIA akan memelihara hubungan kalian hingga ke jenjang perkahwinan . :)
kepada sesiapa yang berkenaan juga, semoga berbahagia di sampingnya.aku hanyalah watak sampingan dalam kisah cinta kalian.maaf andai menjadi halangan dalam liku-liku kehidupan kalian.
~sekian~
No comments:
Post a Comment