-tak sempat
-malas
-habiskan ink n kertas ja, tulisan dah la besaq2 hewhewhew
-banyak sgt benda nak share sampaikan satu hari 10 mukasurat @_@
-MEMANG TAK SEMPAT LAA!
![]() |
| contoh diari. not my diary ok! |
sebenarnya tulis diari ni best wohhh! banyak kelebihan sebenarnya kalau kita kaji balik. antaranya ialah:
1) tempat meluahkan perasaan yang terpendam (admire, benci, geram, sedih)
sebab tu la orang lain suka sangat nak korek2 isi diari orang. orang lain tu sibuk nak tahu kita ni minat kat siapa, terasa hati dengan siapa-siapa, tak puas hati sebab apa. to be honest, lepas tulis dalam diari memang akan ada satu perasaan yang lega sebab kita dah luahkan sehabis-habisnya! ikut suka la nak guna bahasa apa pon. bahasa rojak pon tak kisah, sebab bukannya kita jawab exam pon kan. kalau buat tulisan yang orang tak paham lagi bagus! ala2 secret code giteww. kelass kau jah!!
2)tempat memperbaiki bahasa kita
masa form 5, teacher Dahliana selalu pesan kat budak2 kelas yang dia ajar suruh buat jurnal. in english. satu artikel sehari. kalau nak buat ala-ala diari pon boleh. sebab bila kita menulis, kita juga sebenarnya membaca. so kalau nak improve english, ini merupakan salah satu inisiatif yang anda anda dan anda boleh lakukan, janji mau bersungguh ok! tak nak la hangat hangat tahi ayam ja. memang tak nampak lah usahanya.
3)perancangan kewangan
certain people akan mencatat setiap hari, berapa banyakkah belanja yang telah seseorang tu gunakan, supaya tidak terlalu boros. actually masa masuk Puncak Alam, dalam sebulan dua tu aku buat ar, mencatit belanja kewangan aku lah setiap hari (almaklum lah bekas bendahari dulu hehe). sekurang-kurangnya kita akan menjadi seorang perancang kewangan dengan lebih efisyen n membawa kepada sikap berjimat cermat tanpa mengikut hawa nafsu semata-mata =)
4)kenangan terindah!
lazimnya, aku akan menulis diari sebelum tidur, dan kalau hari tu memberi makna yang mendalam pada aku. tak kesah lah hari tu ada apa-apa event ke apa ke. kalau aktiviti something tu feeling gila aku buat, lagi laa berkajang-kajang aku tulis. haha. sesiapa yang pernah tidur berhampiran dengan aku masa zaman hostel dulu tahu ah aku macam mana.
5)kuat ingatan (insyaAllah)
bila kita baca balik beberapa tahun kemudian, seriously ianya akan menjadi bahan bacaan favourite kita sebab kita mampu senyum dan feeling sorang-sorang bila baca. semua kenangan tu sebenarnya akan menguatkan ingatan kita kepada zaman silam. bak kata pepatah, "those who don't remember the past are condemned to repeat it" . banyak kesilapan dan peristiwa yang telah berlaku sebelum ini memberi pelbagai jenis pengajaran kat kita. tapi kita kebiasaannya ambil yang manis-manis sahaja. bagaimana pula yang pahit? sampai bila kita mahu mengulangi kesilapan? haa. cer pikir cer pikir.
adalah menjadi satu kelebihan jika kita boleh mengimbau semula kenangan silam meskipun ianya manis mahupun pahit. alhamdulillah, aku mempunyai kelebihan tersebut, banyak peristiwa lama yang rakan-rakan seperjuanganku dah lupa dan aku acapkali perkatakannya. khususnya jika mendengar sesuatu lagu, aku terus dapat merasai dan mengingati peristiwa yang berlaku pada zaman tersebut. mungkin rakan-rakanku yang lain juga pernah mengalaminya bukan?
begitu jugalah dengan diari.setiap ayat, setiap luahan memang akan terasa dalam hati kita apabila kita membacanya kembali sebab ayat-ayat dalam diari tu hadir ikhlas dari hati kita sendiri. kalau sampai dah kahwin pon, anda anda di sana boleh meneruskan dengan menulis diari. mungkin pada zaman sekarang ni, orang cakap, guna blog pon dah cukup, apa barang guna diari. excuse me! gue pon ada blog, tetapi diari lebih berkesan dalam diri kita. mungkin pada awalnya nampak macam remeh kan? tapi percayalah, practice makes perfect!
p/s: jika anda sudah berkahwin dan mempunyai anak, catatkan peristiwa-peristiwa bermakna sepanjang membesarkan anak-anak anda, insyaAllah diari itu akan menjadi hadiah paling bermakna buat mereka apabila kita tiada nanti :') dan insyaAllah, salah satu impianku tatkala telah membina mahligai bahagia nanti ialah perkara tersebut. good luck people!




No comments:
Post a Comment