tanggal 1september 2012, bermulalah perjalanan baru buat aku, melangkah ke alam ijazah sarjana muda. macam tak caya ja dah masuk degree dah. satu family including tok n maklang pon join hantar sekali. sangat terharu. tacing gila sobs3.
first impression about Universiti Putra Malaysia : CANTIK, LUAS, TENANG! serius weh! walaupun aku dapat Kolej 14, yakni kolej yang biliknya sempit, dengan satu bilik 4 orang (SERIOUS SEMPIT GILA) , tapi aku salute n tabik spring kat fasilitator kolej 14 sebab berjaya menanam rasa sayang n cinta terhadap kolej 14 dalam diri kami para juniors ni. seriously, korang2 yang pernah hidup senang (contoh:asasi puncak alam) confirm akan merungut tak berenti punya la kalau tak cukup iman. hehehehe.
aku dapat tingkat 5 okayy (TAK DA LIF PENAT GILAAA). bayangkanla sepanjang orientasi, berapa kali aku kena naik turun untuk bersiap diri, mandi, solat dan tidur. tapi berat badan tak turun lagi pon. sakit paha jugak yang dapat. hampeh.
 |
| like mother like daughter :) |
 |
| lawak la gmbar ni HAHAHAHA |
orientasi selama seminggu yang best, even pack, tapi fasilitator kolej 14 sangat sporting, memahami n tak terlalu push kitorang menyebabkan kitorang alert untuk berkumpul sebelum apa2 program dengan jayanya! then, ada jugak program dengan semua kolej kat UPM ni, kena kumpul kat dewan besar la. dewan yang bakal menjadi tempat aku amek ijazah. ecewaaaahhh~
 |
| sebelum upacara membaca ikrar. |
secara tradisinya, setiap tahun, jika semua kolej berkumpul dalam dewan mcm ni, secara automatiknya semangat kolej jadi melampau2. serious! haaa masa tu la nak lawan cheers semahu2nya. yang perempuan jadi jantan, yang jantan lagi la bertambah kejantanannya. hahaha. pendek kata, sesiapa yang keluar dewan tanpa habis suara, maksudnya korang tak cukup semangat kolej sebab tak sumbangkan diri untuk menguatkan diri cheers kolej korang tu, so that kasi gegar sama satu dewan! huhu. this is fact. ketua kitorang terpaksa tukar ketua baru sebab yang lama tu tak da suara dan demam terus. kesian pulak kan.
 |
| lihat di hujung sana...sorry tak clear |
nampak tak sekumpulan lelaki sedang bediri ri belakang dewan sana? kolej2 lain pulak kerja perhatikan sahaja. itulah Kolej Kesepuluh (K10) . kolej ni 100% lelaki. majoriti engineering ar. dari luar dewan sampai duduk dalam dewan TAK RETI DUDUK DIAM! BISING GILA! STRESS AKU! memang kena band ar dengan semua 16 kolej yang lain. tapi diorang still bertahan, bertahan dan terus bertahan. untung la cheers kuat, ye lah semua lelaki kan.
tapi padan muka K10 sebab dengan tak malunya diorang semua pegi naik atas pentas dewan n nak buat cheers. pastu MC suruh diorang turun. memang kena boooo gila2 ar. hahaha. padan muka padan muka.
n kepuasan paling ketara apabila kolej serumpun (Kolej 12,14,16) bergabung , mencantumkan semua cheers kami, menjadi cheers yang semantap2 alam. hehe. SATU DEWAN DIAM masa kami buat cheers. ya la, 3 kolej tu! dari setiap penjuru dewan kami cheers. K12 dengan cheers Ali Baba nya, K14 harimau mengaum dan K16 spirit bom kejadah apa tah.hahahaha.
 |
| my groupmates. Bill Clinton's! |
sepanjang orientasi ni jugak, kami dibahagikan kepada kumpulan. aku adalah ahli Bill Clinton. yeayyy! budak2 group ni pon sangat mantap dan best gila. dipelopori oleh saudara akmal, kami berjaya membuktikan kehebatan kumpulan kami dengan menjuarai game BOM! HAHAHAHAHA! poyo gila kan hehehe
 |
| aummm! aaa...aaa...aummm! |
 |
| meet one of new best buddies here. shida :') |
 |
| malam penutup orientasi kolej :) |
 |
| budak palam jugak! my classmate's housemate + my housemate's classmate! |
ni adliyana. budak microb jugak. budak palam jugak. satu group PA dengan aku. hehe
 |
| new classmate,new best buddies :') |
ni namanya asma. orang baling. hehe. maybe sebab tu la rapat kot. :) dah la duduk tingkat 5 jugak :')
 |
| zana. comel kan!! 1group,1audition,1hoki,1kebudayaan :') |
 |
| this is ain. my geng tooo :D |
 |
| Bill Clinton! act ramai lagi tp tk tau ke mana hehe |
pagi sabtu ada gotong royong satu UPM. kami group clinton sentiasa bersama-sama melakukan kerja. memang aku tabik spring kat our leader, akmal. kitorang memang respect gila dia. dan sekalung tahniah diucapkan kerana berjaya dilantik sebagai presiden bagi batch kitorang kat Kolej 14 ni. aku selaku anak buah-buahan sangat bangga! sekurang2nya tak dapat kat sorang budak laki pulon tu hehehe.
ok, nak basuh baju, pukul 10 japgi ada kelas. FYI, aku akan on9 selalunya pagi2 buta sebelum/selepas subuh, sebab sementara nak tunggu dapat broadband YES free ni, kena guna wifi kolej dulu. ciput gila ar wifi dia. ok la sayang-sayangku sekalian! beta undur diri dulu. tata! assalamualaikum!
#pendek kata, hilang segala kesedihan kerana kawan2 baru menantimu di mana-mana sahaja. mereka sanggup bersusah senang bersama. ALLAH memberikan sesuatu yang lebih kita memerlukan sebenarnya. ya, aku bahagia di UPM meskipun tak dapat melanjutkan pelajaran dalam medic, khususnya di india. tapi takpa, apa ada pada nama, apa ada pada pangkat, jika hidup tak sempoi, hidup tak enjoy. ingat ALLAH selalu :')
No comments:
Post a Comment