official results.
kepada manusia2 dalam course aku yang dapat frst class tu, tahniah la ya diucapkan. jangan riyak2 sangat kah3. aku salute betul sama dua orang chinese dalam class aku, tapi kedua-duanya dapat 4 rata baq hangggg =.= . aku ni 3.8 pon tak pernah jejak gi hewhewhew
dan target aku untuk setiap subjek yang aku ambil sem lepas juga melepasi tahap yang aku nak alhamdulillah :') antaranya:
- organic chemistry
target = B
dapat = B
-microbiology 1
target = B+
dapat = A-
-kenegaraan Malaysia
target = A-
dapat = A-
-biochemistry
target = A-
dapat = A-
-english
target = A
dapat = A
-vokal asas (koko)
target = A
dapat = A
so.. total pointer ampa pkiaq sendiri la ehh (tapi tak bleh kira pon sebab tak tau jam kredit haha). sesungguhnya organic chemistry yang menghalang aku untuk dapat first class honour. bukannya sebab aku target lepas B saja yang membuatkan aku hanya nak dapat B. tapi.. memang organic chemistry susah pon. siapa yang cakap organic chemistry best gila mesti dia ada wayar shot kat mana2 ni tehehehehe.
walaupun aku sangat2 berpuas hati dengan result aku yang mcm ni, agak terkilan bila mak cakap mak expect i can get higher pointer compared what mine already got. seriously sentap. mak target 4 flat. sorry mak.. bukan kakteh malas study pon...
tapi organic chem memang dari asasi aku kureng bab2 ni. lagi satu, aku agak berasa jelly bila lihat dan terlihat kawan2 pakat dapat A untuk microbiology 1. aku dapat A- ja. itulah masalah bila kita suka sangat nak compare result kita dengan orang. memang kita akan sakit hati. tapi sekurang-kurangnya membuatkan kita untuk tidak terlalu leka dan berpuas hati dengan keputusan yang telah sedia ada kita kecapi ni.
jelly.
kita jugak tak boleh terlalu rasa cemburu dan 'panas pungkoq' bila dapat tau result orang lagi tinggi dari kita. tambah2 yang selalu bersama dengan kita. sebab kadang-kadang ni syaitan akan membisikkan kata-kata hasutan dalam diri kita untuk kita menanam perasaan hasad dengki dan tak puas hati terhadap seseorang tu. secara tidak langsung, hubungan kita dengan seseorang tu makin jauh. ini serius weh. actually this is my self reflection. aku merefleksikan diri aku ini untuk diterjemahkan dalam blog ini supaya aku sentiasa beringat dan berjaga-jaga untuk tidak terlalu membiarkan pemikiranku dikawal oleh hawa nafsu semata-mata. jari jemari yang bergerak-gerak di keypad laptop ini bakal menjadi saksi dan reminder buat diri aku supaya aku akan terus BERINGAT. insyaallah.
lagi satu perkara, mungkin aku terlalu baru didedahkan dengan 'microbial world'. to be honest, if im not mistaken, asasi uitm tidak terlalu didedahkan dengan biodiversity yang berkaitan bacteria archaea fungi algae n virus ni. aku rasa macam culture shock pon ada. bila dalam lecture, aku seolah2 berasa begitu terasing manakal rakan2 aku yang belajar di matrik seakan akan tahu segalanya. contohnya gram positive gram negative bacteria. seingat aku, kami tak pernah belajar. dan kami tak pernah pon buat eksperimen sebegitu.
tapi tiada yang mustahil.aku tidak boleh membiarkan masalah dan alasan ini sebagai punca aku tidak mendapat A seperti orang lain. kalau orang lain boleh buat, kenapa aku tak boleh? sesungguhnya aku memang tercabar dalam hal ini. tetapi biarlah bersederhana sahaja agar kita tidak terlalu melampaui batas untuk mengatasi orang lain.
comeback.
hari ini hari korang, esok2 hari aku pulak. siapa yang tahu? banyak kali dah jadi macam ni. and then when i'm doing my comeback, don't get surprised with it :)
JPA.
aku mendambakanmu. sungguh aku cemburu dengan sahabat2 perjuanganku yang menerima keistimewaan ini. bertambah sentap lagi bila orang sangkakan aku merupakan salah seorang penerima JPA. tidak weh.. pointer asasi aku tidak mencapai 3.75 dan aku tidak mampu untuk memilikinya seperti korang. seronok kan korang, just maintain result ja. akan aku cuba untuk memohon lagi sekali pada tahun ini. mana tahu, rezeki ALLAH nak bagi.. doa mak sangat aku harapkan. doakan untuk kakteh ya, mak :')
semester baru.
microbiology 2, amali microbiology 1, biomolekul, general writing skills (english) dan juga tamadun islam dan tamadun asia (TITAS). apakah keputusan yang bakal korang berikan padaku untuk semester kedua ini. mohon lebih mantap daripada semester lepas, sebab aku sememangnya mendambakannya untuk membantu aku memohon JPA. aku bukan orang senang. tolong friendly dengan aku ek.
jadual kelas.
bahagia berbanding sem lepas. dalam seminggu, hanya ada satu hari yang bermula kelas pada pukul 8 pagi. yang lain semuanya pukul 10, 11 atau pun tak da kelas langsung. dengan ini diisytiharkan Rabu saya cuti!! tak da kelas yeayyy! so sesiapa yang ingin berdating dengan saya sila hubungi saya wokeyssss hehehehe *ayat skema sangaattt*
wiramasli.
erk. apa ni? errmm ntah la benda tak confirm lagi so abaikan hekhekhek
adam levine.
my 2nd boyfriend. i love you *hugs*
braces.
![]() |
| nahhhh gigi da rapat saf dah hekhekhek |
dah2 jangan usha gambaq cek lama sangat. tau la cun pon kahkahkah
dah2 la tu. nak buat myline english ni haaa pastu nak buat flowchart untuk eksperimen microbiology isnin ni. esok will be a busy day for me. buat apa? mana leh habaqqqqq heeeee :D
tata *hugs*

No comments:
Post a Comment