![]() |
| ni classification manusia yg tak respect privacy. |
tak tau nk start kat mana.
mungkin disebabkan aku hormat org lain punya privacy, dan bila ada orang yg melanggar privacy aku, then i become really mad.
dear, kalau kita betul2 sayang orang tu, kita letakkan kepercayaan sebetulnya kat orang yang kita sayang tu.
kenapa kita perlu meragui kepercayaannya jika kita tidak mahu dia meragui kepercayaan kita?
kenapa kita perlu memantau seratus peratus tindak tanduknya yang jauh di sana sedangkan ibu bapanya langsung tidak memperlakukan sedemikian kepada dirinya?
sudah menjadi hak mutlak kah dia untuk kita sampaikan semuanya dikongkong dan perlu dicemburui?
kalau kita nak orang setia dgn kita, memang kita sendiri kena setia kat orang tu.
tapi tidak bolehkah kita berkelakuan menyenangkan dan memudahkan untuk melancarkan perjalanan sesuatu hubungan?
jikalau begini diteruskan, bimbang kelak sesuatu hubungan tak boleh nak kekal lama.
apabila salah seorang sahabat mula tidak menyenangi perhubungan anda, maka itu sebenarnya bukan petanda yang baik tambahan pula jika tidak diperbaiki.
kadang2, itu merupakan petanda bahawa hubungan itu tidak sesuai, dan mungkin perlu dihentikan kerana masih terlalu awal dan tidak selari dengan arus kematangan seseorang. who knows? but then i have been in this kind of experience.
memang kalau kawan kita mula tidak menyenangi hubungan kita dengan seseorang, ianya merupakan petnda bahawa sesuatu hubungan itu tidak akan kekal lama. unless, berubah.
dear,
sabar itu ada batasnya. sesungguhnya aku malu dengan diri sendiri kerana tidak mampu menahan kesabaran seperti mana sabarnya Rasulullah SAW di mana perjuangan Baginda lebih perit dan menyakitkan berbanding apa yang aku alami ini.
sungguh ku kesali.
tapi selaku manusia yang turut sama boleh bertoleransi, anda juga perlu melakukan anjakan paradigma sendiri, berdiri di atas kaki sendiri tanpa kebergantungan terhadap orang lain. kita semakin hari semakin melonjak ke alam dewasa. alam yang penuh dengan dugaan dan pancaroba.
takkanlah masa tu pun kita perlukan dan harapkan orang lain untuk naikkan diri kita?
di mana kekuatan diri kita sebenarnya? apa ada pada spirit dan soul, anugerah yang Allah berikan kepada sekalian umat manusia untuk menjadi khalifah di Bumi Allah ni?
pergunakanlah sehabis baik, jangan terlalu manjakan diri ini,kelak semakin hari semakin malas dan gelap hati.
sebab tu lah, dalam apa2 hal, kepercayaan dan kejujuran sangat penting. kenapa perlu kita meragui seseorang andai kata kita benar2 sayangkan dia?
kalau bertahun2 kita bersama namun akhirnya Allah cakap tak da jodoh, maka tak da la jugak. kan?
kalau bertahun2 lamanya terpisah ataupun tak pernah jumpak, hidup jauh merentasi tujuh benua sekalipun, kalau Allah berfirman dia jodoh kita, kita tak boleh nak tolak, kan?
habis tu kenapa kita masih meragui ketentuan dan takdirNya?
kenapa perlu melanggar privasi seseorang? kenapa perlu menyemak dan membaca satu persatu dialog dan perbualan antara dia dengan orang lain?
bila disuruh membaca, 1001 alasan diberikan. macam mana nak berjaya?
apa gunanya Wahyu Allah SWT turun buat KekasihNYA Rasulullah SAW yang menekankan kalimah IQRA' berulang-ulang kali?
bacalah.
p/s: i'll respect yours if you respect mine.

.jpg)
No comments:
Post a Comment