Island hopping ni kita akan melawat 3 pulau, iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar. Aktiviti ni dalam lebih kurang 3-4 jam jugak lah. Macam kitorang, kitorang tunggu abang yang amek kami naik van untuk ke tempat bot2 untuk kami island hopping.
Dulu sebenarnya island hopping ni dalam 20 lebih ja, sekarang ni dah RM30!!! Agak kurang ajar mahal dia tu. Tapi apa boleh buat, minyak kan dah naik. Nampak dak permainan dia kat situ.
| Tasik Dayang Bunting |
| Ready for Banana Boat!! |
Kat Pulau Beras Basah ni, kami mengambil kesempatan untuk menaiki banana boat. Serius ketaq gila wehh first time kot! Tapi memang best laaaa. Boleh request nak jatuh atau tak. Kami-kami yang pengecut ni of course la tak nak jatuh. Hehehehe.
Sorang RM20, tapi disebabkan kami gojes2, abam banana boat tu caj kami RM16 ja. Hehehehehe
Kami selesai Island Hopping dalam pukul 1 tengahari. Ok la tak lewat sangat. Balik-balik ja terus mandi-manda. Pasiaq satu badan oiiiii!!
Sekian saja bahagian Island Hopping kami, nantikan posing2 kami berikutnya petang tu. Hehe
No comments:
Post a Comment