Waahhhh lama gila tak update blog ni! Bersawang dah fuhhh fuhhhhh mari kita kemas kini apa yang patut dikemas. Mungkin tak da orang pon yang nak baca blog ni tapi ADA KU KESAH? Rasa macam sayang pulak kalau tak update blog ni. Dari zaman sekolah menengah lagi dok buat benda alah ni. Esok2 dah kahwin beranak pinak bukak balik blog ni tak ka fefeeling throwback awwwww~
9 bulan tak update, macam2 benda jadi. Last sekali update masa aku dan 4 lagi sekawan berjalan-jalan ke Langkawi. Itu masa percutian semester 3. Sekarang dah semester 5. Dah masuk tahun ketiga dah pon. Dah third year dah pon! Walaweiiiii~
Ok lah kita briefly cerita pasal result Semester 3. Alhamdulillah, sekali lagi dapat title Dean List. Dengan GPA 3.866 macam tu la kot. HAHAHA. Tak ingat lah. Alhamdulillah. Masuk Semester 4, Kak Ziqah dah pindah bilik. Tinggallah tiga orang ja dalam bilik aku di blok L5 tu. Namun demikian, jodoh aku dengan bilik itu tak panjang. Semester 5 aku dah pindah bilik. Pindah blok. Bilik sorang. Daripada bilik 4 orang jadi bilik sorang.
Mostly memang akan cakap aku ni takda life la, tak takut ka dok sorang la, apa la. Macam2 lagi tanggapan negatif yang dilemparkan kat aku. Tapi tak kurang juga ada yang support.
Well,
Aku decide untuk bilik seorang ni sebab:
-Privacy
-Space
-Silence
-Peace
Privacy: suka hati aku nak seksi meksi ka apa ka. Suka hati aku nak tidur time aku suka. Suka hati aku nak bukak lagu kuat2 joget2 berzumba dalam bilik. WHO CARES? Even dulu dok dalam bilik 4 orang pon segan nak buat sit up bagai.
Space: bilik 4 orang sempit weh tak tipu. Aku dah la ada banyak barang. Larat nak stay kemas barang sendiri ja. Barang orang lain pon boleh tahan banyak. Tu pon kalau kemas. Kalau depa tak kemas? tak ka macam dok rumah setinggan. Dahla bilik lama dok kat tingkat 5. Blok tu kat bukit plak tu. Penat nohorommm wehhhh.
Silence: Sunyi ja bila nak study. Tak payah nak dengar bunyi orang dok gelak terkekek-kekek manja gedik ngada gayut ngan pakwe2 yang ganda dua puluh tiga tu. Takdak la nak dengaq bunyi annoying sangat pon. Tak la sakit hati bila kita nak study tapi orang lain senang lenang tengok movie, buat kerja lain and so on.
Peace: tenang setenang-tenangnya. Tak perlu nak kusut kepala stress n terasa dengan rumet. Tak payah nak bermasam muka dengan sesapa pon dalam bilik ni kalau ada masalah. Kalau nak light off awal pon, tak payah nak kena consider roomate lain nak stay up pakai lampu bagai. You may sleep peacefully how long as you want. Walllawehhh!
Ok la maybe ada la sedikit kontradiksi tu bila dok bilik sorang.
-Takdak member nak luah perasaan dan ketidak puasan hati: memang agak awkward bila takda tempat nak luah dan cerita bila balik daripada kelas. Tapi apakan daya. Kena overcome la dilemma ni. Kucing mungkin dapat jadi teman sejati kot. Hehehehehehe.
-Takut: hmmmmm tipulah kalau berani sangat dok sorang2. Tapi bila memikirkan banyak point yang kuat untuk aku pindah bilik sorang, so aku terpaksa pindah demi menjaga kepentingan diri sendiri jugak. Kan? IshaALLAH, Allah tu ada. Allah lindungi keselamatran kita. Yakin ja.
-Yuran mahal sket: selalunya kalau dok bilik 4 orang kena bayar yuran totally termasuk pengajian: RM1350. Tapi since aku da masuk bilik sorang, aku kena bayar RM1476 macam tu la tak silap. lebih seratus lebih ringgit. Kalau nak tanya berbaloi ke tidak pindah bilik sorang? Untuk aku, berbaloi sangat. Dapat bilik luas, takda orang nak kacau, suasana yang tenang dan tak sesak.heeeee.
Salah satu faktor jugak aku dok bilik lama: pointer drop. sedih weh. 3.6++ ja. Kawan aku sorang dapat 4 flat, dua org lagi 3.9++. Rasa teruk gila weh. Aku tau tak selamanya kita berada di atas. Mungkin aku rasa aku terlalu selesa, Hmmmm. InshaALLAH sem ni kita try pulun lagi. Mana tau kot2 ada rezeki.
Sekian, nukilan untuk bilik baru saya. Heeeeee

Yo.. Aku still baca.. Sila update... Hahaha
ReplyDeleteTahniah dean list!!! Teruskan usaha.. Moga terus berjaya..
ReplyDelete