Serius dah lama tinggal skill berblogging ni buatkan aku rasa awkwarddddd nak cerita benda apa lah dalam ni. Moga Allah bagi petunjuk. Amin.
Minggu ni merupakan minggu ketiga-belas untuk kuliah bagi sesi 2014/2015. Maksudnya, ada lagi seminggu lebih ja nak habiskan semester ni sebelum masuk studyweek dan final exam.
Sebagai seorang mahasiswi, minggu hujung-hujung macam ni memang TERAMATLAH SANGAT PALING DAHSYAT SIBUKnya Allah ja yang tahu. Hujung-hujung tahun macam ni jugak lah kenduri-kendara bersepah, pakat-pakat nak bersunatlah apa lah. Waktu macam ni jugak la nak submit assignments yang menggunung, tutorial yang bersepah2 tak siap lagi, presentation pon minggu ni jugak. Such a hectic week.
To be honest, dah nak habis semester 5 ni (berbakikan lagi 3 semester) rasa tak sabar sangat nak habis mengaji. Tak sabar sangat nak habis degree life ni. Penat gila kot. Kira bersyukur lah setakat sekarang ni takda subjek yang nak kena repeat paper. Ya, awal2 penggal masa masuk degree Alhamdulillah la aku boleh dikategorikan yang score dalam exam. Tapi sesungguhnya ianya penuh dengan hikmah. Masuk third year dan ke atas, SUBJEK SUSAH GILA WEHHHH!! Memang tak nampak dah A solid tu (kecuali subjek asas keusahawanan tu). Yang lain, macam say good bye ja. Kalau final dapat A- i will reward myself as pandai gila n memang jawab final dgn tiptop. Seriously. HAHAHA *masukbakulangkatsendiri*
Semester ni tak best. Yang best cumalah: aku dapat bilik seorang untuk dalam kolej, dapat belajar berniaga which is very interesting *especially bila duit dah balik modal hehehehehehe*.... Hah yang tu ja lah kot. Nak cakap study or lecture best, kawan best... Hmmmmm biasa ja. Cumanya trip ke Penang masa cuti midsem reramai dengan coursemates tu memang mantop lah. Macam2 aku belajar, susah senang seronok gembira puas hati geram sedih semua bercampur baur. heeeeeeee.
Gambar selingan, masa bercuti dengan kawan2 di Street Art, Penang :*
Pasembor Padang Kota Lama omnomnomnom
Gambar macam tak da kaitan kan? HAHA. Akhirul kalam, adik2 atau sesiapa yang belum lagi menempuh alam degree, enjoy la sepuas-puasnya. Degree ni tak best mana pon, takat nak pakai lawa-lawa pi kelas tu *terasa* *ouch* *aduduh* apalah sangat, takdak jugak laki yang nak approach kita HAHAHAHA. Takdaknya nak jumpak bakal imam tu kalau tak mulakan langkah. Lelaki sekarang ni dah makin pupus. Grab them fast! LOLOLOLL (sembang macam dah kahwin ja haha!)
Dah habis dah berceloteh. Tata!



No comments:
Post a Comment