Wednesday, January 28, 2015

Kegagalan.

Dalam sehari dua ini, aku meratapi sebuah kegagalan. Mungkin sestengah orang, hal ini dikatakan terlalu remeh dan kecil untuk diklasifikasikan sebagai kegagalan. Tapi bagi aku, kegagalan itu satu perkara yang subjektif bagi semua orang. Definisinya berbeza bagi setiap orang. Mungkin, ianya bergantung kepada tahap keyakinan diri masing-masing? Entahlah.

Maaf post ini agak berunsur pesimis dan negatif, bukanlah niat di hati untuk berkongsi elemen yang kelam ini untuk kita bersama-sama mengalaminya. Bukan begitu. Cumanya, aku ingin meluahkan apakah definisi kegagalan bagi diriku yang sebenarnya.

Gagal bagi diriku ialah gagal menggembirakan hati orang-orang yang aku sayang. Kalau di zaman sekolah dan zaman asasi dulu, meskipun rakan sebaya dan sahabat handai melihat prestasi akademik mahupun sahsiah diriku sebagai klasifikasi yang agak cemerlang (tak da la sampai tahap 4 rata atau straight A SPM), mungkin kita rasa kita dah berjaya sebab kita dah mencapai target kita. Kita dah melepasi tahap yang kita inginkan. Tapi, bagi sesetengah pihak yang penting dalam hidupku merasakan yang ini masih tidak mencukupi. Mereka tidak bahagia dan gembira dengan prestasiku. Maka, sifat positif dan optimisku yang lalu telah ditepis oleh elemen negatif berikut. Jadi, aku telah gagal. Gagal menggembirakan hati orang-orang yang aku sayang.

Mungkin sesetengah kita merasakan yang kita ini sebenarnya masih tidak bersyukur dengan apa yang telah kita ada. Tipulah kalau tak ada setitik pon rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi atas pencapaian yang telah aku lakukan ini. Malangnya, mereka tidak tahu definisi kegagalan kita yang sebenarnya. Mereka menandaikan definisi gagal itu setimpal dengan mereka. Maaf, adunan latar belakang dari kecil hingga dewasa kita berbeza. Mungkin sebahagiannya sama, tapi keseluruhannya mustahil untuk mendapat hasil yang juga sama. Akhirnya akan berbeza juga. Jadi, bagaimanakah kita mengharapkan definisi kegagalan itu sama dengan orang lain?

Gagal bagiku juga ialah gagal mengumpulkan sahabat-sahabat aku untuk kembali bersama seperti masa yang lalu. Kerana bagi aku, masa bersama sahabat-sahabatku adalah salah satu detik yang amat bermakna bagiku. Gagal mengendalikan sebuah perjumpaan sebegitu sememangnya membuatkan aku rasa begitu pesismis dan putus asa. Bukan kerana aku rasakan diriku cukup berpengaruh untuk menyatupadukan mereka, tapi hakikatnya aku cuma mahu kami semua kembali bersama. Berkongsi rasa suka dan duka. Mengembalikan saat-saat indah dan pahit zaman silam yang mencuit hati. Hal ini akan membuatkan kita rasa untuk lebih menghargai orang-orang yang berada di sekeliling kita. Merekalah yang mewarnai zaman silam kita. Merekalah yang menjadi salah satu punca dan faktor kita menjadi diri kita pada hari ini. Maka kenapa perlu ketepikan semua ini? Tidakkah mereka melihat daripada segi perspektif ini?

Sebab itulah bagiku, gagal itu sangat subjektif. Sesungguhnya aku berasa terkilan kerana pertama kali aku gagal mengendalikan sebuah pertemuan yang aku rasa amat menarik daripada segi aktivitinya. Tapi apakan daya, mereka tidak menilai dan melihat kegigihan dan kesungguhan aku untuk mengumpulkan kita. Aku cuma ingin melihat kita semua bersama-sama dalam kumpulan yang ramai. Itu saja.

Tapi apakan daya, hidup perlu diteruskan. Pengalaman mengajar aku untuk menjadi lebih matang. 2015 merupakan tahun yang akan aku hadapi dengan penuh cabaran. Isu emosi an menjaga hati juga perlu aku ketepikan kerana masih lagi terdapat beberapa isu yang lebih besar untuk aku fokus supaya akan aku terus maju ke hadapan. Latihan industri, projek ilmiah tahun akhir, perniagaanku yang baru mula dan sedang masih mencari destinasinya, perlu aku usahakan. Namun demikian, ianya tidak bermakna jika segala pencapaian ini tanpa sokongan dan dorongan daripada pihak-pihak yang aku sayang. Keluarga, sahabat handai, merekalah tunjang utama untuk aku terus maju ke hadapan. Merekalah api yang membakar semangatku untuk menggapai kejayaan.

Aku rindukan kalian, sahabat-sahabatku. Tidakkah kalian merindui aku? Tidakkah kalian berasa ingin bertemu dan menyapa aku? Adakah aku hanya sekadar watak sampingan dalam kamus hidup kalian dan tidak memberi apa-apa impak untuk kalian berjaya dan berada di tempat kalian hari ini?

Maaf kerana post ini mempunyai sedikit unsur emosional. Sebenarnya, aku sedang mencuba menghargai diri sendiri. Dan juga sentiasa istiqamah bahawasanya tanpa kalian, aku tidak berada di tempat yang sama seperti hari ini. Terima kasih, kalian. Kalian dah mewarnai dan mencorak zaman silamku dengan warna-warni kehidupan agar aku terus menghargai kalian. Kalian sangat berharga. Terima kasih :)

-Insan yang merindui sahabat-sahabatnya-

No comments:

Post a Comment