apa yang lelaki perlu tahu tentang perempuan :
-bukan bermaksud suka merajuk, tetapi hanya ingin bermanja n mendapatkan perhatian
-bukan cerewet tak tentu hala,kadang kala wanita nak lelalki ikut kata2nya sekali sekala
-walaupun seseorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas kesalahan,biasanya wanita itu akan ingat kesalahan tersebut sebagai peringatan.bukan dendam.
-keikhlasan seorang wanita tidak perlu diragui.
-wanita sanggup berkorban apa sahaja untuk insan yang disayangi...tak kiralah ibu bapa, keluarga,kawan etc. n sesungguhnya ketabahan seorang wanita memang tak dapat disangkal lagi kehebatannya.
-sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam kerana sesungguhnya wanita itu sangat prihatin.
-walaupun wanita tersebut seorang yang berdikari, dia tetap wanita. naluri ingin bermanja dan dilindungi tetap ada dalam hati terutamanya terhadap lelaki.
-wanita yang mencintai kekasihnya sanggup mengetepikan keegoannya semata2 ingin menyenangkan hati kekasihnya.sweet kan ?
-cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
-seks bukan segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan 9 nafsu dan satu akal sahaja,nafsu yang banyak dan tidak tertumpu pada satu saja manakaa lelaki diciptakan 9 akal 1 nafsu adalah untuk membimbing wanita dan bukan untuk menghanyutkannya.
perempuan juga perlu tahu tentang lelaki :
-lelaki juga boleh menjadi sensitif dan prihatin
-jika seseorang lelaki mencintai wanita, wanita itu tidak semestinya cantik.hanya budi bahasa dan kesopanan yang tinggi mampu menarik perhatian lelaki. tambahan pula mempunyai persamaan dan minat yang sama. sudah tentu banyak perbualan yang boleh dibincangkan. tak gitu ?
-kebanyakan lelaki tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita (hmmm patutlah.... =.=)
-lelaki boleh menerima penolakan dengan baik
-lelaki cuba menunjukkan sifat kelelakiannya untuk menarik n menambat hati wanita
-lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. oleh itu lelaki kerap kali melihat dan menjeling wanita.
-kebanyakan lelaki resah apabila pertama kali mahu mengajak wanita keluar bersama.hehehehe
-bila lelaki cakap "erm tengok la dulu" maksudnya lelaki tersebut mengatakan tidak atau kurang setuju.
-bila lelaki cakap direct to the point maksudnya dia ingin bererus terang dan bersikap jujur dan ingin wanita memahami maksudnya.
-memang kebiasaannya lelaki akan cemburu apabila wanita yang disayanginya menyebut nama lelaki lain di hadapannya.
-lelaki tak boleh belajar tentang perempuan melalui buku semata-mata . sebab tu la lelaki selalu tak paham dengan kerenah wanita
-kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
-hebatnya lelaki itu bersikap romeo terhadap wanita2 lain, namun hatinya hanya pada seorang wanita yang istimewa. yang lain hanyalah sekadar kawan.
-bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, seseorang lelaki itu turut bersedih cuma tidak ditunjukkan kepada org lain.
-kalau perempuan meminati seseorang lelaki itu, patut diberikan hint! lelaki ni susah sikit nak pick up. kalau dah bagi hint , mana lah tahu tengok2 laki tu pun sebenarnya berminat terhadap perempuan tersebut. so, senanglah kerja dia nanti.hehe
-adalah emamlukan jika lelaki tidak dapat menolong wanita dalam sesuatu perkara.
-kebanyakan lelaki cukup lemah apabila melihat air mata wanita mengalir terutamanya wanita yang dikasihinya. sebab itu lah, air mata wanita dikatakan sebuah senjata.hehehe yang ni aku selalu dok buat. so sweet la my bucuk!
harap2 korang enjoy la baca seperti mana aku yang enjoy membacanya. ddicated to budak bucuk! baca jgn tak baca tauu.....miss u...

No comments:
Post a Comment