then, markah carry mark pun dah tau.cukup2 makan ja. untuk dapat A, aku at least kena perform 90/100 utk paper final exam ni. hmmm. agak menyakitkan, tapi nothing is impossible kan ? u have a week to prove that u can achieve ur aim. so, insyaallah... usaha yang diiringi doa dan tawakkal, Allah akan makbul dan perkenankan doa hambaNya...
yang aku panas + sakit hati nya tatkala dengar manusia2 yang lepas abis paper ja, nak bincang2 pasal soalan tadi. amboi aih, tau la terror pun, tapi tunggu la keluar dewan n pergi jauh2 dari orang lain... tak baik bagi orang yang terdengar apa yang kita bincangkan tu tension.
mana la kita nak tau orang lain boleh jawab ke tidak. masa kita tak boleh jawab, orang lain boleh jawab elok2 mula la kita nak marah n tension2 kat orang tu. baru kau tau apa yang orang lain rasa. ni tak bermaksud nak kata kat siapa2 ok. just ambil moral of the stori jep. kita ni hidup bermasyarakat, kena la saling bertoleransi, jangan pikir kat atas muka bumi ni kita ja yang hidup....ok???
ok lah, memandangkan tengah mood nak final exam (especially budak2 uitm puncak alam) , jom kita sharing2 tips2 yang boleh digunakan supaya kita akan terus bersemangat dan dapat menjawab peperiksaan dengan sehabis baik.
- Salah satu sebab kita berasa tertekan ialah kerana kita penat. Apabila kita penat, kitatidak boleh menumpukan perhatian kepada apa yang kita belajar. Apabila kita tidak boleh menumpukan perhatian, kita tidak faham. Apabila kita tidak faham, anda rasa…. TERTEKAN!
oleh itu, kita kena cari masa aktif kita. masa aktif tu adalah kita perlu mengenal pasti pada waktu bilakah kita paling aktif.
Ada di antara kita yang cergas di waktu pagi dan ada yang cergas di waktu malam dan ada di waktu petang. Jika kita belajar sewaktu minda kita cergas dan tubuh badan kita rasa segar, kita lebih mudah faham apa yang kita pelajari.
Disebabkan kita sedang cergas, kita juga tidak akan mudah rasa tertekan.
Jadi, kenal pasti waktu mana yang sesuai untuk kita belajar. kenal pasti, bilakah ‘masa aktif’ kita itu.
Jika masa aktif kita waktu malam, kita perlu berhati-hati supaya jangan membuat aktiviti yang terlalu berat pasa waktu siang. Aktiviti berat macam bermain bola selama 2 jam pada waktu petang sampai kita hilang semua tenaga simpanan yang perlu digunakan pada waktu malam.
Sama juga jika masa aktif kita ialah pada waktu pagi.
Jangan tidur terlalu lewat jika kita suka belajar pada waktu pagi. Ini akan mengganggu masa aktif kita.
- Berlatih berulang kali dengan soalan yang sama boleh meningkatkan tahap keyakinan dan keselesaan anda.
kita akan rasa selesa untuk menjawab soalan begitu. Jadi, kita akan dapat jawab dengan baik. Jawab soalan yang sama berulang kali juga akan membuat kita sedar bahawa kebanyakan cara menjawab soalan peperiksaan adalah sama sahaja.
Jika kita sudah faham dan mahir menyelesaikan masalah menggunakan satu cara, cara itu juga boleh digunakan untuk soalan lain dalam tajuk yang sama.
see ? practice makes perfect !
- Jika boleh, wujudkan suasana peperiksaan di mana kita buat latihan itu mengikut masa yang ditetapkan dan anda membuat bising atau bergerak ke sana ke mari. Ringkasnya, berlagak seolah-olah sedang menghadapi peperiksaan yang sebenar.
- make sure nota2 penting tu kita susun dengan kemas dan rapi, so nanti tak da la serabut sangat tambah2 masa nak buat revision ni.susun ikut subjek semua, bagi nampak sistematik , baru lah self-confidence tu ada.
- ulangkaji nota2 secara individu, kemudian barulah buat perbincangan dalam kumpulan. barulah sama2 boleh mengajar dan belajar. pendek kata, give and take. sama2 dapat untung
(sesungguhnya study group macam tu sangat2 membantu dan aku sudah mulai mempraktikkannya (walaupun last2 minute tapi masih sempat untuk melakukan revolusi huhu). so, try la sementara tak sampai lagi masa untuk final exam).
make sure buat dengan penuh konsisten di samping ahli2 kumpulan memberikan sepenuh komitmen spanjang perbincangan!
- apabila kita dah tengok jadual peperiksaan tu, buat jadual belajar dengan teliti. tentukan prioriti. misalnya untuk exam aku, paper 1st maths. so, jangan la dok fokus kat biology sangat, lebihkan maths. tapi dalam masa yang sama , jangan la abaikan langsung biology n etc. . boleh ja kalau nak study sbjek lain tu, tapi buat la masa senggang ke, apa ke. pandai2 la korang atur jadual!
ok lah tu. buat pa nak banyak2, exam tak sampai gi, so kita usahakan dulu apa yang patut. tapi jangan lupa, kerohanian pun kita kena la jaga jugak.
- solat awal waktu, jangan tinggal
- rajin2 baca quran, terang hati. kalau menghafaz ayat2 al quran lagi bagus, menajamkan akal fikiran kita
- kalau boleh, amalkan solat sunat tahajud, sunat hajat, sunat dhuha.tak lama pun, kejap je.
- sebelum study tu baca la doa minta dipermudahkan pembelajaran kita
- jangan buat pelik2
- minta ibu bapa dan keluarga doakan kita
- berbuat baik sesama manusia. jangan la dok gaduh2 pulak. dah la tak dapat restu orang lain, hidup pun tak tenang sebab pikir pasal masalah
- muhasabah diri balik, fikir tujuan dan matlamat kita belajar yang sebenar2nya. walaupun kita ada cita2 untuk dicapai (sebab tu la study gila2) tapi kita kena ingat, kita belajar niat kerana ALLAH SWT . itu yang paling utama. barulah kita mendapat keberkatan dariNYA.
dah la tu ckp pasal exam. nak muntah pun ada gak.hehehe
*panas hati bila orang tengok kita macam ditinggalkan. huh, mulut orang memang tak boleh nak tutup laaa. tapi sungguh, bila nampak depan mata kita sendiri, rasa cam nak hempuk kepala kat dinding pun ada gak.huhu.udah2 la diyana, hidup kau yang sekarang ni sudah cukup membahagiakan kau.bahagia sangat2.*


No comments:
Post a Comment