Wednesday, December 7, 2011

kumpulkan kekuatan . i won't give up !

Bukan saja-saja ALLAH meletakkanmu dalam bidang itu ..
Bukan saja-saja ALLAH mengurniakanmu kepakaran itu ..
Bukan saja-saja ALLAH memberikan ujian sebegitu ..
Bukan saja-saja ALLAH membiarkanmu mengemudi dalam keadaan itu ..

Melainkan ALLAH tahu kamu akan memberikan sesuatu dalam bidang itu ..
Melainkan ALLAH tahu kamu bakal membiakkan ilmu-ilmu itu ..
Melainkan ALLAH akan ketemukan kamu dengan insan-insan yang ikhlas membantu ..
Melainkan ALLAH mahu menguatkanmu ..
Melainkan ALLAH mahu kamu tahu bahawa tinggi kasih sayangNYA padamu ..

*diri ini terus menerus mengumpul kekuatan kerana sedar akan tenggungjawab dan harapan daripada keluarga yang dipikul terlalu tinggi dan berat ..

sedikit demi sedikit revolusi ku lakukan agar aku tidak berhenti meneruskan langkah menuju ke tangga kejayaan...

penat dan lelah terpaksa ku abaikan , kerana hanya satu peluang yang diberikan belum tentu kita akan dapat lagi selepas ini ..

oleh itu , diri ini tidak berhenti memotivasikan diri supaya tidak mensia-siakan peluang yang ada di depan mata ini ..

aku juga berkeinginan untuk merasai kemanisan dan kegembiraan tatkala telah menggapai kejayaan seperti sahabat2 ku yang lain .. namun apakan daya , rezeki ku belum sampai masanya lagi ... ALLAH MAHA MENGETAHUI .. mungkin DIA tidak mahu terlalu leka dan alpa jika sentiasa hidup tanpa jatuh sekali pun ..

namun kita perlulah yakin , kegagalan merupakan langkah pertama kita menuju kejayaan .. jika diiringi dengan kesedaran , usaha , doa dan tawakkal , insyaALLAH , ALLAH akan tolong kita ...

ya , aku yakin dengan pertolongan ALLAH !

dan diri ini juga sentiasa beringat , bahawa ilmu yang sedang ku pelajari ini bukan lah semata2 untuk berjaya dalam peperiksaan semata2 , aku ingin mendalami ilmu , ingin merasai kemanisan menuntut dan mendalami sesuatu ilmu . sesungguhnya jika niat kita benar2 berada di landasan yang betul , perkara yang susah akan menjadi mudah . percayalah .

oklah , takat tu je la nak share . (mode : motivasi sebelum sambung buat lab report bio huhu)

No comments:

Post a Comment