
yeay ! ntah mengapa , diri ini merasakan hujung minggu ini amatlah dinanti2 kan . mungkin kerja sepanjang minggu ini terlalu banyak sampaikan tak sempat nak rehat langsung kecuali lah waktu nak tidur . tu pun pukul 1.30++ pagi . kelas dah la start pukul 8.30 pagi . kena keluar dari umah selewat2nya pukul 8 pagi . almaklum la semenjak masuk semester 2 ni , semangat dia lain macam sikit . ye lah , selagi diberikan peluang untuk tebus kesilapan , mesti lah kita nak lakukan sehabis baik , kan ?
tapi , masih ada lagi kerja nak kena settle . lab report biology . lab report fizik sampai dua . rabu depan ada kuiz biology (AGAIN) . tutorial chemistry dan maths berlonggok2 . pastu weekend ni jugak aku nak cover chapter respiratory system , digestive system yang hujung2 tu , maths-trigonometric function (yang ni memang kena banyak gila exercise , nak kena latih proving2 tu yang paling penting ) . physics pun nak kena menuntut ilmu kat sifu2 JELITA , CANTIK, ANGGUN dan ELEGAN yang cerdik pandai dalam fizik ni (i'm impressed ! kenapalah aku tak terror fizik ah) . chemistry pun kena jugak dok usha2 . jangan bajet pandai sangat la ok .
so konklusinya , weekend ni bukan la cuti sangat bagi aku . cuma tak la terkejar2 sangat macam tiap2 hari sepanjang ada kelas . rehat pun alhamdulillah la cukup la jugak . huhu .
cuma tak boleh ralit sangat la . kalau nak tengok movie , tak kisah , tapi kalau boleh jangan la tengok waktu yang sepatutnya kita kena study . rugi wehh . betul2 rugi . aku sudah mulai menghargai masa .masa untuk study , masa untuk beribadat , masa untuk berehat , masa untuk makan dan masa untuk mandi/basuh baju .
"kalau nak berjaya , tak semestinya kita berjaya dalam peperiksaan saja . aktiviti seharian jangan la pula kita abaikan"
haaa . cakap pasal ni , khamis lepas ada latihan koir . BEST SANGAT ! seriously . aku semakin bersemangat nak join dan menyumbangkan suara aku . hihi . walaupun aku BUKANLAH BUDAK KOIR PERINGKAT KEBANGSAAN LA KATAKAN, harap buat persembahan dalam sekolah ja . hihi
ok lah , nak solat asar ni . dan juga berharap mak , abang dan adik akan singgah mai puncak alam selepas babysit humaira di kemaman . tak aci la... nak jaga jugak ... nak main dengan Cik Arney (anak kucing a.k.a anak Cik Senah hihihi )
No comments:
Post a Comment