marcapada ini (cewaaahhh macam nak amek BM SPM pulak haha) , peminat2 hoki yang tegar seang demam festival hoki ni lah. termasuk la aku. kalau ada tournament kat Astro Arena, sorry mummy, kakteh nak layan hoki sat. lepas2 ni mak layan la CSI mak tu ek. huhuhu.
dan tidak disangka2, mak pon join tengok dan menjerit sekali! i'm impressed!! tapi mak memang dulu sportswoman pon. even sampai sekarang pon dok main volleyball n netball. malangnya, sifat2 tu turun kat aku sikit ja. aku sangkut kat hoki. kelebihan tu turun kat my sister. kakakku yang sedang berbadan dua untuk anak keduanya. hihi. bola baling bola jaring olahraga semua dia terror. hoki pon bolehhh. wakil daerah tiap2 tahun kot huhu.aku ni semput sikit.maafla hihi.
memegang kayu hoki dan memukul bola tersebut sekuat hati memang merupakan satu kepuasan yang tidak dapat disangkal lagi. sungguh aku rindu nak main. rindu team hoki sekolah aku dulu2. kami berlatih sama2, jatuh bangun sama2. walaupun kami tak sehebat team hoki boys sekolah kami, sekurang2nya kami tak pernah putus asa.
gambar yang sempat diabadikan. zaman form 3 (tahun 2008) , dapat pingat perak. memang tak sangka. kami kalah final pon sebab penalti stroke. dan aku adalah antara insan yang patut raa bersalah sebab menjadi salah seorang pemain yang dipilih bertanggungjawab untuk memikul acara penalti stroke kalau ditakdirkan kami dapat. FYI , sepanjang aku main, penalti stroke SEKALI pon tak pernah masuk! HAHAHAHA. tapi tyme latihan ok ja. sebab tu cikgu macam confident ja amek.tapi sorry la wahai team ku, aku gagal melakukannya. takpa la dah rezeki takat ni ja kan.
btw nak buat announcement, tanggal 10 Mei 2012 (khamis) jam 5.35 petang kot tak silap, sem final malaysia bertemu dengan india. hihi. maybe akan jadi permainan yang hebat. lepas game tu, semi final antara pakistan dengan korea pulak. Malaysia selaku Johan Kumpulan akan bertemu dengan Naib Johan Kumpulan satu lagi hahaha. harap2 malaysia menang sebab kalau final pakistan bertemu dengan Malaysia, aku rasa ianya akan menjanjikan sebuah permainan yang gempak! tengok malaysia game dengan jepun pon stail. serius, Malaysia main stail!
pemain2 malaysia. kite minat la yang pakai cap line no 2 hujung belah kanan tu. hikhikhik
so marilah kita sama2 doakan kejayaan negara kita agar dapat melangkah ke peringkat final. ok!
semoga berjaya Malaysia!


No comments:
Post a Comment