Wednesday, May 9, 2012

Foundation in Science UiTM Puncak Alam!

3 words to describe UiTM PALAM : beautiful,peaceful,comfortable.

diambil dari group alumni asasi sains UiTM PALAM. hihi

adik2 sekalian,
Puncak Alam = PALAM bukanlah se'ulu' yang dijangka.

bagi budak2 asasi sains dan kejuruteraan UiTM, anda akan ditempatkan di kampus ni. tapi kampus ni bukan kampus untuk budak2 asasi yep. sebenarnya kampus ni lebih kepada FSK= Fakulti Sains Kesihatan n FF= Fakulti Farmasi. budak2 dip n degree ada jugak kat sini.

kalau budak Asasi TESL tak silap, kat Shah Alam n Melaka kot. berdasarkan info dari kawan yg amek kos tu. kalau law, Kuantan n Merbok. depends on alamat rumah sama.

memandangkan chek amek asasi sains, so nak fokus kat kampus chek la nohhhh~

FYI, yuran UiTM dikatakan sebagai yuran yang paling murah jika dibandingkan dengan U lain. RM703 ja tak silap. yang lain2 to be prepare la kot2 kena bayaq duit baju batik ka apa ka kan. budak asasi akan dapat elaun sebanyak RM1960. jumlah ni termasuk support yuran kolej (RM420) .

pemandangan awal2 sampai UiTM tu. setelah mengharungi beberapa bukit hahahaha

kolej pulak memang stail.btw sorry sebab lupa sangat2 nak tangkap gambaq dalam bilik n umah, tapi usah dibimbang, ianya ala-ala apartment. ada blok yang 9 tingkat dan ada yang 7 tingkat. macam aku, aku duduk blok R3 dan bertuah kerana mendapat rumah di tingkat 9. jangan risau, setiap blok ada dua lif. yang azabnya kalau salah satu lif rosak, maka akan ada la muka2 selfish even duduk tingkat 1,2, dan 3 yang still nak berebut2 dengan kami2 yang tinggal di tingkat 5 ke atas ni. btw aku pernah ja 2-3 kali naik tangga dari ground floor sampai ke tingkat 9. FUHHHH LETIH GILAA! sampai ja bilik lembik terus kot huhu

dalam satu umah, ada 4 bilik. setiap bilik ada dua katil,dua loker, dua meja study n dua kerusi. sangat comfortable. tapi tingkat satu ada 5 bilik. almaklumlah bilik kat tingkat bawah2..base luas, so mesti la bilik lagi banyak kan. bilik air ada satu yang merangkumi satu shower sahaja , satu bilik yg mempunyai shower + toilet bowl dan satu lg toilet cangkung. keh3 sorry kalau terkasar sket bahasa. BM pon bukan terror sangat. ada dua sinki dan ruang untuk letak bakul2 toiletries.ruang nak basuh baju pon muat jep. then ada ampaian tapi kecik la sebab nak kena share dengan housemate yang lain lagi. tambah2 kalau girls. baju kurung la macam2 lagi la.

 macam umah aku, alternatif yang kami lakukan adalah dengan mengumpul duit untuk beli satu penyangkut baju yang panjang tu (aku tak tau istilahnya ape =.=' ) . kami letak kat ruang tamu tu maka kpas di siling sentiasa dibuka untuk sesi pengeringan..muahahaha. ada je umah lain yang sangkut kat tingkap bilik masing2 ke apa ke. tapi aku ni gayat sket la nak buat macam tu. GILA KA APA AKU DAH LA DUDUK KAT TINGKAT 9.

tapi dont worry lah. sangat selesa la pendek kata. orang bagi penginapan elok2 jangan lupa lak peranan sebagai student tu. blajaq betoi2 la naaa. hikhik.

bila da masuk n menginap di kolej tu, nanti kita kena register barang2 elektrik yang kita nak guna. tapi periuk nasik , water heater tak bleh la braderr. ada pengesan asap la kat umah tu. nak kena naya dengan polis bantuan sila lah. barang yang boleh bawak macam henpon, laptop, printer, iron, kettle electric pon boleh. aku tak ingat dah barang apa yang boleh bawak sebab aku tak kesah pon.janji barang yang aku nak bawak lepas n lulus. haha. setiap barang kena register RM10 . so charger henpon , laptop dan cerek dah RM30 dah. kalau macam aku dan roomate, kami kongsi barang.

FYI , my roomate ialah my BFF since SMSSMJ dari form 1 lagi. so kami memang sepakat la nak duduk sebilik.kalau bleh sekelas huhu. so iron aku bawak, dia in charge untuk kettle. jimat da duit kami! tapi aku kena charge lebih sket r sebab bawa laptop + printer lagi. takpala, benda elok untuk pelajaran kan.

ouh ya, tak lupa pasal laundry. setiap blok ada je mesin basuh macam kat asrama dulu lah. tapi asrama dulu RM1.50 kan? kat sni kena RM2.00 KOT . tak sure la sebab memang nawaitu sepanjang dua semester aku BERAZAM untuk membasuh baju secara manual sahaja. malas ar nak queue tunggu turn. buang masa. dah la aku duduk tingkat 9 . laundry plak kat tingkat 1. walaupun ada lif, tapi still keMALASan tu tak yah kata r.
dan aku akhirnya berjaya membuktikan bahawasanya tanpa mesin basuh, aku still boleh survive la. yeahhh!
even tyme skolah tiap2 taon kena bayar RM30 untuk dobi pon aku tak pernah teringin nak hantar baju. nombor dobi pon tak pernah ada. biar la nak kata bazir pon.dah memang tak suka. sorry la.

pemandangan yang agak blur di bahagian academic block pada waktu maghrib maybe. tapi sumpah lawa gila. Puncak Alam adalah tempat yang begitu indah dan tenang untuk belajar.seriously.

ok i miss this place. tempat ni dipanggil KKPR .orang panggil Raff je. FYI , Rafflesia stands for ladies while Angsana stands for gentlemen. kalau dilihat bangunan2 di belakang tu, haa tu la apartment yang aku dok mengarut tadi tu. KKPR ala2 stadium ni memang besar dan luas. terdapat pelbagai jenis kemudahan di sini. kafe yang macam2 makanan dijual, ada mesin atm, pejabat pengurusan kolej, gym, dewan serbaguna, studio pon ada jugak KOT. kalau rasa macam nak beriadah tu pergilah gym yang ada di situ. macam canggih ja. boleh buat tempahan nak sewa basikal, ronda2 satu UiTM. CC pon ada jugak. bangunan ni ada wireless so boleh la on9 kat sini. lazimnya tempat ni sesuai untuk makan, buat discussion n buat la makan besar beramai2. malam2 mesti korang tengok environment study gila2 ar. tak dilupakan pelbagai jenis 'love bird' yang study bersama2. haha. kalau kat skolah dulu susah la kan nak tengok, sebab ada organisasi yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas amar makruf nahi mungkar. badar la, nadwah la badri la whatever, tapi bila da masuk U, pandai2 la jaga diri, jangan terkejut dengan budaya baru.dan disarankan tak perlu kot ikut budaya tak sihat ni. aku dah biasa try, mengarut ja. berkat pon bukan dapat sangat. sorry kalau siapa2 terasa. tapi aku cakap based on my experience.study ramai2 wokeyyss la. sealim mana pon korang, kalau da masuk fasa baru ni apa2 pon leh jadi. ustaz2 pon kalah bab2 nafsu ni. haha.

so kalau based on my experience, better studygroup.tapi lebih berkesan kalau study ngan housemates. seriously. sebab memang susah nak cari housemate yang sama kelas dan sama kuliah. bila berlainan kelas dan kuliah, semua akan dapat pelbagai jenis info yang berbeza2. tips exam masuk apa la, macammana nak hafal formula tu dan blah3.  so bila kita kumpulkan semua cantuman idea2 tu, insyaALLAH akan dapat hasil yang sangat ohsemmm! sem 1 kami start lambat, walaupun lambat, tapi alhamdulillah la still dean list. sem 2 ni syukur sangat2 naik mendadak walaupun certain subject still tercicir (tu sbb problem ngan tutor kot hihi).
setiap ahli study group boleh chup untuk jadi master dalam subject tertentu maybe. dan anda disarankan untuk membuat nota anda tersendiri supaya lebih senang paham. lecture note hanya sebagai indicator ja. usaha lebih insyaALLAH akan membuahkan hasil.percayalah.

ni la housemates aku. semua nya cun2.orang kata kalau yang paling cun biasanya berdiri atas sekali HAHA. ni amsa hari last exam semester 2. paper CTU bersamaan hari Jumaat. so kami satu rumah bersepakat untuk memakai jubah. nah amek kau.

inilah geng housemates aku yang paling gojesss n ohsemmm. kami studygroup sekali, keluar berjoli pon sekali. gabungan kedah dan kelantan. KEDAH KELANTAN SAHABAT SELAMANYA

bersama roomate , ex dorm-mate, ex-classmate, currently BFF forever. VVIP untuk majlis perkahwinan aku (ecewaaahhhh) tapi dengaq kata nak jadi mentara ja XD

then ada lagi tips, kalau boleh bawak la buku reference spm especially subject BIOLOGY , CHEMISTRY n PHYSICS. sebab bila nak buat lab report ataupun tak paham sesuatu sub topik, actually buku2 SPM ni sedikit sebanyak membantu. my opinion lah, tak tau la orang lain macam mana kan. maths nanti guna buku matriculation ja. tu pon certain topics ja belajar. ok buku yang nak kena guna nanti SANGAT TEBAL & BERAT so sila amek perhatian.

nah amek kauuuu!! berat gilaaaaa serius tak tipu. sedangkan boys pon mengeluh, inikan pula aku kaum hawa yang lemah ni hikhik

credit to my BFF Afif Mansor 4 d pic :)

nanti UiTM akan jual. dun worry. satu buku ni RM78 tak silap aku lah. tapi ni buku yang digunakan zaman batch kami. tak tau la batch 12/13 guna buku yang sama ataupun tidak, sebab batch sebelum kami guna buku lain. tapi boleh la nak bajet duit kena bawak berapa banyak. maths punya buku ermmm...tak berapa ingat la..untuk dua2 sem rasanya RM65+ kot. tapi tak sampai la macam buku2 atas ni. btw buku2 ni merangkumi apa yang kita akan belajar. tapi tak semua. physics maybe semua chapter tapi certain sub topik ja. biology pon certain topics ja. begitu juga dengan chem.

nanti kena beli lab coat tau. setakat ni kalau nak beli lab coat UiTM RM45 tak silap la. kalau ada lab coat yang diwarisi boleh ja guna. tapi tak tahu lah tyme batch lepas ni meWAJIBkan guna labcoat cap UiTM kan.just be prepared. at least tak da la terkejut beruk macam aku dulu. dah la asalnya kampus Penang tiba2 kena angkut p Puncak Alam. #kenangan

apa lagi ek yang korang kena tau. ermmm FYI , satu daya tarikan UiTM adalah Tangga Kejayaan a.k.a Tangga Maut (orang kata lah kan tapi aku tak kata). taraaaaaa~

nokharom. first tyme nampak tangga keramat ni, memang GERUN TAHAP TAK TAU NAK KATA APA DAH. seriously. aku dah la manusia cepat semput even main player hockey skolah skali pon. tapi tima kasih la jugak kat tangga yang dengar cerita 184 anak tangga kot tak silap (tak pernah kira pon masa naik, mongah sangat hahahaha). sebab tangga ini lah, berat badan aku turun la sikit dari 56kg kepada 53 kg. tak banyak sangat kan? tapi dari segi penampilan aku, majoriti especially geng2 SMSSMJ yang membesar dengan aku selama 5 tahun dan memang sedia maklum aku merupakan kategori yang agak berisi suatu ketika dahulu selalu terkejut bila terserempak dengan aku. "WEYH DIYANA AWAT HANG KURUS GILAAAAA ARGGHHHH" ok tak tau la depa nak ampu ka puji ikhlas ka tapi i take it as a compliment huhu. rasanya memang aku pon merasakan diri ini makin fit. buat manusia2 yang rasa tak berkeyakinan diri untuk naik tangga ni, anda boleh saja menyediakan RM1 untuk naik bas rapid KL untuk sampai ke kawasan kolej. ouh lupa nak inform kawasan kolej di atas bukit yahh. kawasan blok akademik di bawah bukit. so untuk sampai ke kolej, haruslah mengharungi onak dan duri ini huhu.

tapi apa salahnya naik tangga ni, dapat benefit banyak woooh. bila duduk kat sini tak sempat nak beriadah la. so dengan adanya tangga ni, tatkala anda sudah tiba di kemuncak, anda akan merasakan kepuasan yang tidak terhingga kerana berjaya sampai ke destinasi yang dituju. HAHA apa aku merepek ni.abaikan sajalah.

nahhh pemandangan tatkala dah sampai di puncak. boleh la melambai2 manusia2 yang masih berada di bawah dan buat berlagak kepada mereka yang sedang bersusah payah menaiki tangga sedangkan kita da berjaya sampai ke puncak haha.

tangga ni sebenarnya boleh dijadikan sebagai inspirasi semasa kita belajar. seriously. tangga kejayaan. kan. ada usaha nak naik tangga, ada la kejayaan yang menanti. kejayaannya adalah berjaya menawan puncak. begitu juga dengan belajar. ada usaha untuk belajar, ada la habuan dan kejayaan yang menanti. jika kita tak dapat habuan kita tu, maksudnya umpama kita mudah mengalah dan akan sampai lambat ke puncak yang ingin kita tawan tu. solusinya : KEAZAMAN yang TINGGI. kuatkan azam, tingkatkan usaha, lipatgandakan doa. insyaALLAH, ALLAH sentiasa bantu kita untuk sampai ke destinasi yang dituju.

nah satu lagi pemandangan dari tepi. selamat mendaki! :D

pasal study ,tutorial,kuliah,lab dan sebagainya, korang akan dibriefing nanti, tak perlu risau sebab lecturer dan tutor akan guide korang. setiap lecturer ada la rules special dan tertentu. so yang tu tak payah nak risau sangat. cuma nak pesan, setiap kuiz, kuliah, lab report dan assignment yang lecturer suruh buat, tolong ambil perkara tu dengan SANGAT SERIOUS sebab ianya akan jadi carrymark 50%. final exam hanya ambil another 50% lagi. so total 100% lah kan. sebab tu la U life ni bukan tempat untuk main2 lagi bila sampai waktu study. kena fokus betul2. tambah2 dalam lecture. kalau boleh sila elakkan dari tido (nasihat berdasarkan pengalaman hihi) . kelak menyesal di kemudian hari seperti saya.

apa2 yang lecturer catit kat whiteboard, sila amek perhatian. kadang2 lecturer dah bagitau da apa akan masuk untuk final exam. cuma kita ni alert kat tidak.beliau takkan cakap secara langsung ya. tambah2 pulak kalau lecturer yang taiko hihi

untuk mengakhiri post ni, dilampirkan beberapa gambar suka duka sepanjang aku berada di Bumi Puncak Alam ni. tak lama lagi korang pulak jadi macam kami. layan ja la okeysss! selamat membina kenangan dan memori terindah di sana!

 our papa a.k.a mentor bagi kelas aku, Sir Hafiz yg merupakan tutor Fizik kami.walaupun beliau sangat bagus tapi aku still tak leh perform Fizik. sorry sir  =.='

 salah satu tasik yang ada kat PALAM. serius cantik gila. boleh lawan dengan tasik sekolah aku dulu2.
 certain housemates yang gila kamera yahh :P
 cun tak tempat ni? hehe
roundabout ni kami yang punya! (kinah tak da dalam kamera)
 cute tak kasih sayang bersama roomate tersayang ni??
di tepi jalan.tepi bukit.belakang ni memang gaung dah
 sayup2 dari jauh ada bandar Shah Alam di bawah hujung sana.kalau nampak la. nampak tak??
 salah sebuah tasik yang ada. kat sini la my roomate jumpa binatang gemuk kaler pink HAHA lu pikir la sendiri yepp
happy kan kami? yaaa kami memang happy!
 cadbury...yummy!
dayummm gambar shaking2 posing ok da huhu.berehat sebentar di tengah2 tangga kejayaan :)

nah muka penat gila baru lepas naik tangga hahaha

ok la dah la tu. semoga tak penat membaca dan menstalk. muahahahhahaha daaaa~

3 comments:

  1. best gila kowt bce blog akak...terbaikk..hehehe..=)

    ReplyDelete
  2. thanks... btw selalunya melalut banyak ja...huhu sorry la kalau2 tk paham huhu