Inspired by Contengan Jalanan - Hlovate.
Dalam novel ni, watak Ku Kamaruzzaman memikirkan jalan yang dia harus pilih. Seorang yang mencintai seni. Tak kisah lah seni muzik, seni visual. Dia menerima dua tawaran menyambung pelajaran : Limkokwing University (arts) dan International College of Music (ICOM). Belajar muzik lah, kan.
Berkira-kira untuk memilih salah satu yang menentukan masa depannya, macam tu jugak lah aku tatkala hendak memilih antara UPM dan USM. Satu pertaruhan yang besar sebenarnya. Kedua-duanya mempunyai pro dan kontra.
Jika aku pilih USM, aku akan menjadi seorang doktor. Memang itu yang aku mahukan. Dari zaman hisap botol susu sampai lah zaman mengenali shawl dan pashmina. Kalau omputeh cakap : Crayons to perfume :)
Kalau aku pilih USM, aku akan setaraf dan sama level dengan sahabat baik aku, Izzati, Afifah, Ammar, Anuar dan paling utama, my competitive best buddy, Afif. Mereka-mereka ini telah berjaya menjejakkan kaki ke School of Medicine. Cuma bahagian dan habuan masing-masing lah kan. Anuar dapat Mesir bawah tajaan Mara, Afifah dapat India bawah JPA, manakala Izzati dan Afif pula di Indonesia di bawah pinjaman dana UiTM *tak sure sangat* manakala Ammar bawah tajaan Mara, mungkin ke Ireland.
Siapa yang tak mahu bersama-sama berkongsi kegembiraan dengan sahabat-sahabat kita yang sama-sama membesar, menangis dan ketawa, kan?
Samalah macam aku. Aku pun menginginkannya jua. Menjadi harapan dan impian keluarga. Menjadi kebanggaan salasilah keturunan.
Siapa yang tidak mahu semua ni?
Aku pun boleh mendapat pinjaman daripada Mara. Memang program Medik aku ni bawah Mara pun. Kalau aku pilih jalan ini, aku dapat terbang ke India. Belajar di luar negara, tetapi silabus pembelajaran sama sahaja dengan USM kampus Kubang Kerian. We are interconnected each other.
Siapa yang tidak mahu terbang ke luar negara kan?
Tetapi....
Apa kurangnya jika aku belajar Mikrobiologi di UPM? Mungkin aku tidak dapat menjadi pegawai perubatan seperti kalian. Ya, aku tidak setaraf seperti kalian. Aku bakal bekerja di bawah kalian.
Namun demikian, aku dapat fokus dan membuktikan bahawa aku boleh berjaya malahan lebih bahagia berbanding kalian. Mungkin aku tidak sebijak dan seuntung kalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Aku mampu pikul jurusanku kini. Aku mampu membawa rentak bidangku ini meskipun kadang-kadang coursemates aku
Perlu juga aku buktikan, sebenarnya aku juga beruntung, kerana Allah meringankan bebanku dan memberi ruang kepadaku setimpal dengan caraku. Allah lebih mengetahui.
Mungkin Allah memberiku peluang untuk merasai bagaimana perasaan menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Hanya untuk menggembirakan hati ibuku. Itu pun sudah cukup bagiku.
Tetapi dalam ijtihad untuk memilih masa depanku, harus ku berserah kepada Allah, moga Allah menunjukkanku menerusi gerak hati dan naluri. Selalunya begitu. Alhamdulillah, Allah memberi peluang kepadaku, Allah Maha Penyayang kepadaku. Terima kasih padaMu kerana menyuntik semangat dan ketabahan yang tidak pernah luntur.
Kadang-kadang, tidak semestinya apa yang kita mahu itu terbaik buat diri kita. Kan?
Question: What if you stop playing 'what ifs'?
Answer: You'll get some work done.


No comments:
Post a Comment