Thursday, August 1, 2013

Aku Budak Asrama and I Am Proud of It!

Aku Budak Asrama.

ni zaman form 5 ok. Tutor Physics tapi dpt B+ jugak. buat malu ja. ok abaikan

Bermula daripada usia aku 7 tahun, abang aku ditempatkan ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Sekolah elit. Sekolah budak-budak hebat dan pandai. Dari waktu itulah, aku menyimpan hasrat untuk turut serta jejak langkah abang aku. Tapi bukan MCKK lah. MCKK sekolah budak laki lah pandai. hehe.

Pada mulanya aku tengok sekolah satu gender ni macam stailo ja. Macam best ja. Serius. So aku pun target la nak masuk Kolej Tunku Kurshiah (TKC) atau pun Sekolah Tun Fatimah (STF) mahupun Sekolah Seri Puteri (SSP). Sekolah hat budak elit ja hahahaha. Nak buat macam mana, masa tu darjah satu, aku pon baru  didedahkan dengan sekolah macam ni ja. Tu pun sebab abang aku dapat join MCKK.

Lepas tu, masa darjah 5, arwah Ayah aku pernah bermimpi aku masuk Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SAINA). Abang aku gelak besar dowh! Sebab katanya SAINA musuh tradisi MCKK dalam bidang perdebatan zaman tu. Abang dan dunia debat memang tak dapat dipisahkan sampai hari ni. lolz

Aku masa tu cool ja. Nama sekolah ada istilah SAINS pon stailo pa? Nampak macam gaya saintis sket cewah. Lagipun masa tu harapan dan impian memang nak jadi doktor ataupun saintis ntah pape atau ahli astronomi la apa la. 

Biasalah pemikiran kanak-kanak baru nak mencapai tahap puberty. Memang tak ketahuan hala lagi haha. Tapi sememangnya aku nekad, matlamat jangka pendek aku ialah memasuki SBP. Inshaa Allah, satu masa nanti.

FYI, lepas UPSR, aku join rombongan sekolah ke KL selama dua hari satu malam. Dan dalam tempoh sepanjang trip tu aku selalu pakai trademark "Sakit jiwa? Pi la masuk Sekolah Mad Jiwa!" LOLOLOL

Pabila UPSR telah aku genggam 5A, makanya surat bersampulkan 'URUSAN SERI PADUKA BAGINDA' sampai la di rumah. Dengan keadaan aku yang tak mandi lagi terus main carrom dengan adik dan arwah Wan, tetiba ja arwah Ayah dan Mak panggil. Disuruh membuka surat berikut.

Tawaran ke Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sg. Petani, Kedah
Sungguh aku terkejut gila baq hang. Aku tak expect langsung dapat sekolah ni. Dan pada mulanya aku tak mau. Tak mau sangat2 sebab aku ingatkan sekolah ni ulu banat mana tah, ceruk2 Baling hahaha. Serius aku tak mau pi.

Aku nak masuk Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah, sama sekolah dengan geng2 classmates aku yang memang kamceng dengan aku. Almaklumlah zaman sekolah rendah ni kuat pengaruh sket haha, Tapi syukur Alhamdulillah, abang nasihat aku macam-macam. Syukur jugak lah hati ni terbuka untuk menerima kata-kata abang aku ni. Alhamdulillah. :)

Benda yang paling aku takut sebenarnya, aku takut aku tak da kawan di sana. Aku nak kena adapt dengan persekitaran yang baru. Alasan budak-budak sangat kan :)

Antara perkara-perkara yang abang aku cakap:

Kakteh, kalau kakteh nak tau, masuk sekolah asrama penuh ni banyak benefits yang kakteh dapat. Dalam apa-apa tawaran mahupun event, budak asrama penuh memang nampak menyerlah dan akan diutamakan. Kalau kakteh nak risau pasal kawan, kawan-kawan sekolah rendah kakteh takkan hilang dan lupakan kakteh aih, bahkan kakteh akan dapat tambah kawan lagi ramai, entah-entah lagi best berbanding dengan yang kakteh ada sekarang. Lagipun, duduk asrama boleh ajar kakteh macam-macam. Belajar berdikari, jati diri, pemikiran pon lebih kreatif. Percayalah, tak rugi kakteh masuk asrama.

Dan hasilnya :

Semua ni ahli keluarga aku yang baru. 5 tahun membesar bersama-sama, susah payah senang lenang sama-sama. Banyak kenangan dengan mereka. Bukan nak kata la, Dah hampir tiga tahun kami semua terpisah, membawa hala tuju masing-masing, namun kami sentiasa keep connected. Kami sentiasa up-to-date. Saban tahun ada saja reunion la, camping trip la panjat gunung mandi sungai lah. Sebab kami semua rindu nak bersama macam zaman lima tahun kami di asrama. 

Semangat rumah sukan tu tak payah cakap lah. Sistem rumah bukan hanya berlandaskan hanya untuk hari sukan semata-mata, bahkan setiap event sepanjang tahun kami amalkan sistem rumah. Hinggakan dorm pon ikut sistem rumah. Warna bilik pun ikut rumah. Setiap event ada sahaja pertandingan yang membuatkan kami sanggup bersengkang mata stay up untuk siapkan perkakas khemah hari sukan, jahit kostum bagai, buat skrip choral speaking, berlatih nasyid untuk pertandingan antara rumah sukan, perjumpaan tengah malam sebab nak susun strategi, tangan dan muka penuh dengan cat warna untuk siapkan banner sempena sambutan Maulidur Rasul, waktu prep malam keluar kelas ramai-ramai sebab nak buat latihan amali haji keliling sekolah, lontar jamrah, tawaf, saie berlari-lari anak di tengah malam, latihan kawad malam-malam buta sampai pukul 2pagi, jualan burger di hujung minggu bertempat di medan usahawan, mengumpul duit untuk dana kelab persatuan, malam-malam pun ada dedication khas buat seseorang, kayak dan selam dalam tasik sekolah, ohhh semua ini indah.

Tidakkah semua ini meriah??

OptimaX 0610!

Banner kami :D Temenggung

Majlis Tadarus Quran! ada nasyid tilawah kuiz dsb

Sungguh, aku rindukan zaman sekolah. 

Mungkin orang akan cakap benda sama ja macam sekolah biasa. Mungkin ya lah, kami tak boleh pegi join tusyen bagai, kami bergantung sepenuhnya kat cikgu yang sedia ada, siang malam datang sekolah mengajar kami. Itu pun ada yang tak reti nak berterima kasih dan malas-malas. Di sini, merekalah ibu merekalah bapa kami. Mereka jaga dan ambil berat, leter mereka tandanya sayang. Kalau cikgu-cikgu buat tak tau ja kat hampa, maksudnya mereka memang malas nak amek tau langsung dah. Ampa ada buat problem la tu huhuhu. Tepuk dada tanya iman.

Bukan takat cikgu-cikgu ja,

Pak Guard pon bersekongkol dengan kami. Kalau kami lapaq, jenis yang baik-baik ni meghap la mintak tolong pakcik belikan nasi goreng pattaya dengan ayaq teh ais. Layannn ar balik prep malam cangak lagi!

Makcik dan pakcik asrama pun macam pakcik makcik sendiri dah, kalau sakit kena jumpak depa, nanti depa la yang akan uruskan untuk ke hospital/klinik amek ubat. Sebenarnya diri ni mengaku kadang-kadang malas masuk kelas buat-buat sakit jugak hihi padahal sakit kepala ja punnnnn lol 

Pakcik driver bas pon macam ayah kami jugak, sampai dia kenai dan ingat nama kami sorang-sorang. Tambah pulak muka yang rajin naik bas keluaq sebab ada game dan sebagainya. Macam aku, aku rajin keluar sebab hoki lah. Dan tilawah alquran. Izzati BFF aku pulak jenis talkative melebih so memang dia bookmark la muka kami haha.

Normal la tu. hehehehehe

You see, tak menyesal langsung sebab masuk asrama. Kadang-kadang ada kawan terlalu bangga dengan diri mereka yang tinggal di sekolah harian sebab semua benda boleh buat, belajar pun tak payah teruk-teruk macam kami sebab boleh pergi tusyen, tengok tv main internet itu tak da masalah. Takpalah, kami tv pun bagi sebijik satu asrama, henpon seludup merata-rata. Tapi itulah yang dinamakan kenangan yang memang takkan dapat dah macam ni sampai bila-bila :')

last gathering lepas paper bio :'(

4s3. Best class ever.

Makanya, buat adik-adik yang nak masuk Tingkatan Satu lepas ni atau pun Tingkatan Empat, cubalah dapatkan keputusan yang elok untuk apply masuk SBP. Tak kemana pun semua nikmat yang ada kat rumah tu. Memang duduk asrama kena basuh baju sidai baju kemas katil gosok baju basuh kasut semuanya kena buat sendiri. Makan pun tak lah sesedap di rumah. Tapi sampai bila kita nak hidup senang lenang tanpa ada obstacles *bak kata omputeh la*. Dan apabila anda menjejaki ke universiti nanti, sebenarnya hidup anda lebih sistematik dari segi persiapan diri, Inshaa Allah!

Sekian sahaja bebelan saya. Selamat maju jaya!

p/s: dan di SBP yang sama ini jugalah, aku temui si dia. Semoga ada jodoh. Amin ;)

masa sekolah aku gemuk kan??? ngaku ja la weyyy!

No comments:

Post a Comment