Friday, August 19, 2011

amanah.

hari ini, saya telah mendapat satu pengajaran yang baru iaitu bersikap lebih AMANAH. jangan main2 dengan amanah yang orang beri kepercayaan kat kita. kalau sekali kita pecah amanah, susah untuk orang lain menaruh harapan untuk kita melakukan sesuatu perkara pada masa akan datang. dalam kehidupan setiap manusia, semua orang mempunyai amanah masing2 untuk dipelihara dan dilaksanakan dengan sempurna.sebagai contoh, dalam skop saya sebagai seorang anak, saya perlu menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan daripada bonda dan keluarga tercinta untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai kejayaan, bukan sahaja kejayaan dunia, malah kejayaan di akhirat, insyaAllah.

Allah swt. berfirman: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya.” (An-Nisa:58)

okok.cakap pasal amanah ni, saya ingin berkongsi cerita bagaimana saya telah diberi pengajaran yang agak bermakna semasa zaman persekolahan peri pentingnya amanah tersebut.

alkisah...
program:kem jati diri pelajar tingkatan 1 tahun 2006.
lokasi:tapak perkhemahan sm sains sultan mohamad jiwa, sg petani.

nak dijadikan cerita, diri ini telah dilantik menjadi penghuluwati bagi kem tersbut (malang sungguh =.='') . digandingkan bersama amir firdaus (weeewwwiiiiittt~). hahak~ bila dah kata nama penghuluwati ni, banyak komitmen jugak la kena bagi.sejak awal kem lagi setiap orang diberikan belon yang berisi air sebagai 'amanah' untuk kami jaga dari awal sehinggalah berakhirnya perkhemahan berikut.MALANG sekali lagi, belon tuan empunya badan ini pecah pada hari kedua.......sob3. perasaan takut menyelubungi diri. sebelum ni kawan2 yang dah pecah belon macam kena denda biasa2 ja. tapi memalukan jugak ar. tiba-tiba petang tu juga abang2 dan kakak2 faci macam buat sesi mentarbiah kami. brainwash kami tak mau mau. paling teruk kena si penghulu dan penghuluwati arr. rasa nak menangis masa tu!! tapi nasib baik la masa tu sahabat sehati seperut Izzati Adli membantu diri yang naif ini...sob3. terharu gila arr masa tu.
lagi satu , kami semua kena angkat tangan (ala2 half stand r) dalam tempoh masa yang lama.lama sangat. tapi tak lah sampai sejam.sampai terketar2 tangan semua orang. masih terngiang-ngiang kata2 abang zuliqram,
"hampa tengok.....hampa angkat tangan tanpa apa2 beban,hampa dah rasa lenguh dan sakit gila. kalau ada beban atau barang yang terpaksa hampa pikul, macamana dengan perkara lagi berat yang hampa kena tanggung lepas ni??inilah amanah, kita nampak saja ringan...tapi hakikatnya amat menyakitkan kalau kita ambil ringan.oleh itu lepas ni aku nak hampa semua pikul amanah sebaik mungkin...jangan sesekali mengabaikan amanah yang diberikan kerana jika kita mengabaikannya, orang di sekeliling kita sudah tidak akan mempercayai diri kita dan ini akan merugikan diri kita sendiri.....ingat pesan aku,"

ya bang.kami takkan lupa nasihat abang.

sejak itu, saya menjadi lebih berhati-hati dan cuba melakukan yang terbaik apabila diberikan sesuatu amanah mahupun tanggungjawab.ingatlah kawan2, marilah kita sama2 bermuhasabah diri dan memperbaiki diri kita agar menjadi seorang insan yang amanah dan bertanggungjawab...wallahualam~

2 comments:

  1. huhu... tinggal kenangan... nnt nak melawat sekolah roger la aku... kalau laaa

    ReplyDelete
  2. insyaallah.....bila la aku nak p sana....mak aku bkn sng2 nak bg aku kluaq...