Wednesday, August 10, 2011

kakteh rindu ayah. rindu sangat2

hari ni genap 5 tahun allahyarham md jonid bin md noor telah kembali ke rahmatullah..
10 ogos 2006..sekejap saja masa telah berlalu.rasa macam baru semalam ja ayah pergi meninggalkan kami. pemergian ayah yang secara mengejut sesungguhnya
memberi kesan yang amat mendalam dalam hidup kami.

ayah,kakteh rindu ayah belai rambut kakteh, kakteh rindu nak makan cheese cake dengan ayah. kalau kakteh makan aiskrim banana split, ayah mesti makan buah ceri sebab ayah tau kakteh tak suka makan buah ceri.kalau ada coklat kisses dalam peti ais , kita selalu makan dan berebut nak habiskan coklat tu bersama2. kalau ayah nak tahu, cheese cake kegemaran kita tu dah hilang sebab ayah bawa bersama ...so kakteh dah tak suka makan cheese cake dah. even kalau ada sesiapa yang sudi memberi, kakteh hanya makan sesuap dua sahaja. sebab tu kenangan kita.

ayah,kakteh rindu ayah panggil kakteh ''little girl''. ayah selalu pimpin tangan kakteh bila berjalan-jalan.ayah selalu cium dahi kakteh.ayah selalu pesan kami 4 beradik suruh tengok tv dalam jarak jauh, nanti mata kami rosak. sekarang, kami sudah mampu saling mengingati sesama sendiri.ayah jangan risau ek.

ayah,kakteh masih ingat ayah marah kakteh sebab kakteh menyuarakan hasrat untuk memakai cermin mata semasa kakteh berada ketika darjah 6. kakteh tak nampak.pandangan kakteh kabur ketika melihat tulisan cikgu di papan hitam.ayah marah sebab nanti mesti kakteh akan terus menerus memakai cermin mata tu.ayah kata kalau tak rabun jangan nak periksa mata...tapi bila kakak n abang nak pergi buat cermin mata baru, ayah panggil kakteh suruh pergi periksa mata.ayah nak belikan kakteh cermin mata.terharunya.

ayah,kakteh cukup rasa bersalah sebab kakteh kata kakteh tak dapat macam adik beradik lain dapat.semua dapat telefon bimbit baru.ada screen colour.termasuk aiman.tapi kakteh pakai nokia 3310 ja.kakteh rasa tersisih.kakteh pernah bebai dalam kereta yang kakteh tak dapat pun macam semua dapat.masa tu kita baru balik dari beli telefon bimbit mak yang baru.ayah belikan.sampai rumah terus kakteh masuk bilik kakteh.kakteh menangis.kakteh kunci pintu bilik.kakteh menangis sampai tertidur.abang mesej kat kakteh, yang ayah tak cukup duit untuk belikan telefon baru untuk kakteh.abang cakap kalau kakteh dapat 5a dalam upsr, ayah akan belikan telefon bimibit baru kat kakteh.

ayah,kakteh dapat 5a dalam upsr! kakteh rasa hepi sangat sebab dapat bawa pulang kejayaan ni kat mak n ayah, walaupun tak sehebat mana.lepas ambil keputusan, ayah bawa kakteh n aiman makan kat kfc.lepas tu ayah teman pergi ke pejabat mara, untuk apply mrsm.ayah sanggup beratur panjang n teman kakteh.kakteh terharu sangat2,

shari selepas hari keputusan keluar,ayah bawa kami semua pergi carrefour eberang jaya.ayah singgah kat kedai nokia.lepas tu, ayah panggil kakteh suruh pilih telefon.kakteh rasa macam nak menangis masa kat situ juga, sebab kakteh benar2 terharu.kakteh bukan la nak sangat cuma kakteh tak sangka ayah sanggup membelikan dan ayah still ingat apa yang telah belaku sebelum ni.ayah belikan kakteh nokia 6020.kakteh sayang sangat telefon tu.

2-3 hari kemudian, ayah bawa kami sekeluarga ke Bukit Tinggi, Pahang. ayah cakap sebab kakteh dapat 5a, ayah bawa kakteh bercuti kat tempat ni.kakteh terus terang yang kakteh tak tahu tempat ni wujud.kakteh cuma tahu genting highland dan janda baik sahaja.tempat ni sangat3 cantik, sesungguhnya kakteh benar2 jatuh hati dengan tempat ni.binaan ala2 perancis, kolam yang dipenuhi swan putih dan hitam yang sangat cantik, japanese village dan macam2 lagi la.kakteh bagi rabbit makan... wah, tempat tu sangat cantik! kakteh harap dapat sampai kat sini lagi suatu masa nanti...

ayah, kakteh dapat tawaran ke sm sains sultan mohamad jiwa, sg petani. mula2 kakteh tak mahu pergi masuk sekolah tu,kakteh tak nak berpisah dengan ayuni,khalida dan lain2. tapi abang dah nasihatkan kakteh untuk terima tawaran tu.kakteh kuatkan semangat untuk masuk situ.ayah happy sangat. ayah cakap dari kakteh darjah 5 lagi, ayah selalu mimpi kakteh dapat masuk sm sains pokok sena, tapi kakteh dapat sm sains sultan mohamad jiwa. hehe.lebih kurang la tu.

ayah,2minggu sebelum ayah pergi meninggalkan kami, kakteh terdetik dalam hati yang kakteh nak belikan present kat ayah.kakteh nak bagi surprise kat ayah.birthday ayah kan 25 ogos.tiba2 ja kakteh nangis sebab kakteh rindu kat ayah n tak sanggup berpisah dengan ayah.

tapi,satu pagi khamis, kakteh diberitahu kakak secara tiba2 yang ayah telah pergi meninggalkan kami.sungguh, kakteh hampir rebah.kakteh tak bersedia langsung dengan situasi itu.awalnya ayah pergi.takpalah, ayah memang baik.sebab tu Allah lebih menyayangi ayah.DIA ambil ayah kembali ke pangkuanNYA lebih awal.

ayah yang sebelum ini menjaga kesihatan dirinya dan keluarga telah pergi meninggalkan kami.ayah selalu lapkan ikan goreng yang terlalu berminyak terlebih dahulu sebelum membenarkan kami makan.ayah mewajibkan kami makan sayur supaya kami sentiasa cukup zat dan sentiasa sihat.setiap hujung minggu kalau berkesempatan, ayah dan mak selalu buat romantik, biarkan kami 4 beradik tidur pada pagi2 lepas tu mak n ayah pergi joging bersama2.lepas tu breakfast kat kedai mamak.bila kitorang bangun tidur ja dah ada roti canai bawah tudung saji.huhu.rindunyaa.

sekarang,rumah ni sunyi tanpa nyanyian dan gelaktawa ayah.kakteh rindu nak dengar suara ayah.suara ayah merdu sangat.macam p ramlee.cikgu2 sktam pun pernah puji ayah.kakteh pun jadi macam ayah,sensitif kalau dsentuh.ayah selalu kena usik dengan mak sebab bila ayah kena geletek, ayah akan blushing. hehe.comel btul.

ayah,kakteh ingat lagi yang ayah tak marah pun masa peperiksaan pertengahan tahun tgkatan satu kakteh dapat nombor 16 dalam tingkatan.ayah cakap kakteh boleh berusaha lagi.ayah tahu kakteh boleh perform.amin.

ayah, kakteh janji kakteh akan belajar bersungguh-sungguh dan menggapai kejayaan sebab kakteh nak jadi anak mak n ayah yang terbaik.kakteh nak mak n ayah bangga.doakan untuk kakteh ya.kakteh sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan ayah n mak di dunia dan di akhirat.

masa ni arwah ayah kat alamanda,putrajaya.mak yang tagkap gambar ni. masa ni mak n ayah ja jalan2.ayah nak tunjuk kt kami 4 beradik supaya kami berempat jeles sebab ayah dapt tangkap gambar dengan ninja turtle.huhu.sayang ayah.

No comments:

Post a Comment