kak teh rindu dulu wan selalu bancuhkan kat kakteh susu atau air milo.
wan selalu bancuh manis2.kakteh suka!
wan selalu bawa kakteh n aiman pergi jalan2, naik kereta perodua tiara yang asu beli.
dulu wan ada kereta volkswagen, tapi kereta tu da antik sangat dah, sebab tu asu belikan yang baru.
wan selalu beli kat kakteh n aiman aiskrim on the way balik dari sekolah, lepas ambil kami dua.
kalau lepas solat jumaat, wan mesti balik dalam pkul 3 petang sebab beli cendol kat pekan. tiiap2 hari jumaat anak menantu dan cucu2 wan msti lunch dengan adanya dessert cendol.sedap!
dulu masa kak teh n aiman kecik2, wan tak marah pun kalau kami panjat belakang wan.
kami conteng dinding rumah wan dan tok yang besar tu.tok marah, tapi wan backing kami. wan kata ,"biarlah...budak2.." sayang wan!
bila kami dah besar sikit, kami cat balik semua conteng2 tu...dah tk da dah conteng2! rumah kita pun jadi cantik!
kakak,abang,kakteh n aiman catkan, sempena raya tahun 2004.best la dapat cat rumah yang besar tu bsama2 dengan satu keluarga.
wan selalu jaga jam antik wan yang akan berbunyi bila genap sejam demi sejam. kalau dah longgar, wan ambik kerusi, wan panjat, wan kunci balik jam tu.kami semua excited sebab jam dinding tu sangat unik dan menjadi salah satu hiasan dalam rumah kita ni.
dulu wan selalu jadi imam dalam solat.kakteh n aiman selalu join wan n tok solat berjemaah.dari situ lah kakteh dididik cara2 solat n segala amalan sunat yang kita boleh lakukan.
tapi sekarang ni, rumah besar tu sunyi.sunyi sebab tak dengar wan bersin.sunyi sebab tak dengar bunyi wan kacau air milo atau air kopi yang wan bancuh.
sunyi...tak dengar bunyi jam antik wan berbunyi setiap jam. jarum jam pun dah tak betul.tak de orang nak jaga. dibiarkan macam tu ja. anak cucu wan pun semua jarang ada di rumah tu. cuma tok, mak n tok kecik ja yang ada.semuanya tak berkesempatan nak betulkan jam tu.jam seribu satu kenangan..
kereta tiara wan pun jarang sangat orang guna.kalau naik kereta tu pun, rasa tak lengkap.sebab tak boleh makan aiskrim atau boleh beli cendol dengan wan.kereta tu jugak la yang wan guna untuk pergi ke market mmbeli barang2 dapur.
tok pun sekarang ni solat sorang2.tak dengar dah alunan bacaan alquran daripada wan.rindunya kami kat wan.
wan, aiman n kakak, cucu kesayangan wan lagi la rindu kat wan. tambah2 aiman. wan pergi tinggalkan kami ketika dia masih kanak2. wan pergi menyusul 2minggu selepas pemergian ayah. tempoh yang sangat singkat.air mata yang masih belum kering dek pemergian ayah yang mengejut tu masih belum kering, tiba2 sorang lagi ahli rumah tu meninggalkan kami buat selama2ya.kami rindu wan.rindu nak dengar wan nyanyi lagu sepuluh budak hitam kat kami cucu2 wan.
sungguh,aidilfitri kali ini sekali lagi akan basah dengan linangan air mata kami kerana terlalu merindukan ayah dan wan.pusara ayah dan wan akan kami ziarahi 1 Syawal ni untuk mengubat kerinduan kami...insyaAllah.sayang wan~
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Yaacob Bin Md Saad yg telah kembali ke Rahmatullah pada 23 Ogos 2006, 2minggu selepas pemergian arwah Ayah.Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment